Monday, 24 September 2018

Perkhemahan Perdana SKTU1 @ 27-28.7.2018

Assalam..  muga kalian sentiasa sihat dan berbahagia di samping keluarga tercinta.

Kakchik kongsikan perkhemahan anak ketiga kakchik iaitu Muhammad Aidil dan rakan-rakan sekolahnya. Walaupun perkhemahan bertempat di padang sekolah sahaja, Aidil tetap teruja dan amat gembira untuk turut serta. Perkhemahan Perdana ini menggabungkan semua ahli persatuan iaitu PBSM, Puteri Islam Malaysia dan Pengakap. 

Objektif perkhemahan diadakan ialah bagi melahirkan murid yang mempunyai jati diri yang kental dalam menghadapi cabaran dunia globalisasi. Ianya juga bagi melatih pelajar untuk berdikari dengan menyediakan modul yang melibatkan anak-anak sendiri yang menyediakan makanan dan minuman bagi kumpulan mereka. Selain dari itu, ia dapat membentuk modal insan yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan dan menyemai semangat patriotisme dalam diri mereka.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru-guru SKTU1 yang terlibat mengendalikan perkhemahan untuk anak-anak didik mereka. Jasa guru tetap dikenang hingga ke akhir hayat. Jazakumullahu khairan kathira.


Aidil sebagai wakil PBSM menerima hamper..

Taklimat sebelum perkhemahan bermula.. 

bersama guru penasihat persatuan

Jadual aktiviti sepanjang perkhemahan































































buat roti katanya.. hihi.. Aidil memang suka buat roti di rumah


Senarai barangan yang perlu di bawa

Terpancar kegembiraan dan kepuasan di muka anak kakchik ketika kami menjemputnya pulang setelah perkhemahan tamat walaupun dia keletihan. Alhamdulillah syukur.. muga anak-anak semua mendapat ilmu yang berguna dan bermanfaat. Insya Allah.

Saturday, 1 September 2018

Pertemuan Setelah Lebih 30 Tahun

Assalam.. muga kalian beroleh kedamaian dan sentiasa berada di bawah lindunganNya. 

Kakchik mengambil kesempatan untuk bertemu dengan sahabat dari alam sekolah menengah yang tinggal dan bekerja di Kuala Trengganu ketika lawatan ke Pantai Timur baru-baru ini.  Kali terakhir bertemu ketika kami berada di tingkatan 4.. lama dah masa berlalu. Si manis pemilik nama penuh.. Murshamshul Kamariah telah berpindah kerana mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke KIK, sekarang dikenali sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah.


Apa khabar Sham?.. 


masih seperti di zaman persekolahan lagi..


Syukur alhamdulillah walaupun beliau baru pulang dari menghadiri seminar di KL,  dapat juga kami bertemu sebentar di hadapan homestay sebelum kakchik dan keluarga bergerak ke destinasi seterusnya iaitu ke Kota Bharu.

Terima kasih banyak-banyak sham.. sempat bekalkan ole-ole keropok,  keropok lekor yang baru di goreng dan beberapa jenis keropok lekor dalam bungkusan yang telah di upgrade bentuknya.


Sunday, 12 August 2018

6 Ogos - Ulangtahun Perkahwinan Kakchik

Assalam..  muga kalian sihat dan berbahagia bersama keluarga tercinta.

Kakchik kongsikan ulangtahun perkahwinan pada tahun ini iaitu pada 6.8.2018 bersamaan hari isnin. Syukur alhamdulillah dikurniakan kehidupan berkeluarga yang sangat sederhana dengan kehadiran anak-anak yang comel dan bijak.

Memandangkan hari isnin merupakan hari bekerja dan jadual anak-anak yang mengaji pada malamnya, kakchik mengambil peluang makan tengahari berdua sahaja sebagai meraikan hari bersejarah kami. Family trip ke Pantai Timur sedang disusun bagi meraikan bersama anak-anak, jadualnya pada cuti sekolah terdekat ni.. Insya Allah.

Muga kehidupan sederhana kakchik dan suami kekal bahagia untuk tahun-tahun mendatang bersama anak-anak tercinta. Muga Allah satukan hati kami untuk redho menerima dan saling melengkapi  hingga ke Jannah.. Aamiin


Malu pulak nak bergambar.. hihi


duduk bersila jer di restoran ni.. sib muat size


sedap nasi arab ni.. lembut kambingnya.. alhamdulillah


Thursday, 19 July 2018

Danial Intern di Jabatan Laut Wilayah Selatan, Johor

Assalam..  muga kalian sentiasa berada di bawah lindungan Nya. Ramai yang batuk dan sakit tekak semasa musim buah-buahan ini.. syafakumullah buat kalian semua.

Kakchik kongsikan kali ini kisah anak sulung kakchik yang buat internship di Jabatan Laut Wilayah Selatan iaitu di Gelang Patah. Sebulan sebelum balik bercuti, beliau telah memohon kepada pihak yang berkenaan. Terima kasih kepada sepupu suami kakchik yang telah membantu untuk mengesyorkan kepada rakan sekerjanya. Jazakillahu khairan kathira.

Intern bermula pada 1.7.2018 setelah seminggu Danial dan rakan seuniversitinya melapor diri ke pejabat. Pada minggu pertama beliau ditempatkan di bahagian pentadbiran terlebih dahulu dan kemudiannya barulah ke bahagian pelayaran. Banyak juga yang Danial dapat pelajari.. ilmu pekerjaan dengan mengikut seniornya membuat pemeriksaan ke rumah api sekitar Gelang Patah, Pontian dan Mersing. Mereka juga sempat di ajar menyelam untuk melengkapkan diri bekerja di alam lautan.



dah gelap kulitnya.. berjemur  di panas matahari dan lautan


surat jawapan intership..

Muga Danial dan rakannya Faris dapat menjalani internship dengan jayanya di Jabatan Laut Wilayah Selatan dan dapat mengutip ilmu-ilmu yang dipelajari sebagai bekalan untuk menghabiskan tahun akhir mereka di Uni juga sebagai pengalaman bagi menempuh dunia pekerjaan nanti, Insya Allah.. Aamiin

Thursday, 12 July 2018

Salam Aidilfitri 2018

Assalam..  selamat hari raya buat kalian semua.. maafkan kakchik zahir dan batin.

Kakchik kongsikan photo kenangan semasa menyambut hari lebaran bersama keluarga dan ibu tercinta di kampung kakchik.. Melaka negeriku sayang. Kakchik pulang ke kampung sehari sebelum raya, sempat kami sekeluarga menganyam ketupat. Petangnya kami berbuka bersama-sama dengan masakan air tangan adik bongsu dan rendang daging yang kakchik bawa khas dari Johor Bahru. Alhamdulillah anak-anak kakchik sangat gembira dapat bertemu keluarga dan sanak saudara di kampung halaman.


ni masa raya kedua.. hihi.. nak jugak buat gaya..

peewiit..


apasal macam drama jer muka si aidil tu.. 


kak sya sebagai .. cik pengarah

masih merasai kasihnya seorang ibu.. huhu

biru..  sedondon


si bongsu kakchik..

bersama adik bongsu dan suaminya..

peace..

di halaman rumah emak saudara di Jln. Pondok Batang 1


comel adik risya dan kak tasya..

papa dan aidil


di pagi hari lebaran..


sebelum solat sunat aidilfitri..

berziarah ke rumah sahabat... Alees

berziarah ke rumah sahabat.. Nyah

menerima ziarah dari adik beradik suami pada raya ke 4..

alhamdulillah.. muga  ikatan ukhuwah yang terjalin bertambah erat

Monday, 25 June 2018

Balik Kampung oh oh... (3x)

Assalam..  muga kalian sihat sejahtera setelah lebih seminggu menjamu selera dengan hidangan yang enak dan lazat sempena aidilfitri yang mulia. Selamat hari raya semua.. maaf zahir dan batin.


Anak muda di rantauan

Semuanya pulang ke desa

Ibu dan ayah keriangan

Bersyukur tak terkira..


Kakchik kongsikan kepulangan anak sulung kakchik sempena lebaran yang lalu. Kebetulan semua tiket penerbangan dari Russia ke KLIA agak mahal kerana temasya Fifa World Cup, jadinya kakchik mengesyorkan agar anak mengambil tiket ke Changi Airport untuk pulang ke JB. Alhamdulillah.. penerbangan tengah malam 11.6.18 dari Saints Petersburg dengan transit di Dubai telah selamat sampai di Singapura pada pukul 9.30 malam 12.6.18. Terima kasih Mr. Hubby yang sudi memandu ke seberang tambak dengan jalan yang sesak di pintu keluar imigresen.

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang

Satu-satu tersemat di kalbu

Pasti terubat rindu di hati

Menyambut kepulangan ku nanti..



Changi Airport.. 



Balik kampung oh oh.. (3x)

Hati girang

Ho ho.. balik kampung (3x)

Hati girang




Harry Potter  mama dah balik..


Transit  di Dubai..


canggih airportnya, sky train sebagai medium internal transport ke blok bersebelahan dengan tempat parkir 


Tuesday, 12 June 2018

Trip to USS @ 24.3.2018

Assalam.. muga kalian terus sihat di bulan yang mulia dan penuh barokah ini.. selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut syawal yang bakal menjelang tiba.


Kakchik kongsikan kali ini percutian untuk anak-anak ke USS di seberang tambak pada tarikh 24.3.2018 iaitu hari sabtu dan keesokannya cuti gantian Hari Keputeraan Sultan Johor. Kakchik dan suami memutuskan untuk menaiki bas memandangkan  cuma kami berempat sahaja yang akan pergi,  anak kakchik yang sulung dan kedua berada di universiti masing-masing. Pakej bas yang menunggu di depan Tune Hotel Danga Bay, termasuk tiket masuk ke USS dan tambang pergi dan balik. Setelah semua penumpang mendapat cetakan tiket masuk USS dan mengisi borang putih, seawal jam 7.30 pagi bas bergerak menghala ke Tambak Johor.

Urusan pemeriksaan di check point keluar Malaysia mengambil masa lebih dari setengah jam kerana ada penumpang bas yang bermasalah di senaraihitam kerana loan PTPTN.. adooiiyai kesian dengan penumpang bas yang lain. Mereka yang terlibat perlu berjumpa pegawai bertugas untuk pelepasan dan akhirnya bas meneruskan perjalanan setelah urusan selesai. Tiada masalah lagi di check point masuk ke Singapura. Kami sampai di USS kira-kira jam 9.45 pagi.. lewatnya. Pemeriksaan di pintu masuk USS tidaklah terlalu ketat seperti yang dimaklumkan di blog yang kakchik sempat baca so dapatlah kakchik bawa air dan kudapan roti sebagai alas perut di antara waktu makan.


berphoto di pintu utama, globe sebagai trade mark semua Universal Studio


Aidil dan Arisya begitu teruja untuk memulakan penerokaan
boleh ambil peta ni di sebelah pintu masuk utama, berguna untuk mengesan kawasan permainan

semasa di dalam bas menuju ke USS



ada wifi percuma di USS


permandangan di belakang ialah Human vs Cylon

berehat seketika


Tempat pertama yang anak-anak kakchik tuju ialah Madagascar, panjang juga barisan yang menunggu tetapi keseronokan terpancar di wajah kedua-duanya setelah turun dari ride boat. Destinasi berikutnya ialah Transformers ride, lebih panjang barisan yang menunggu. Kiranya tempat yang berbaris panjang ialah mainan yang menjadi tumpuan kanak-kanak dan remaja.

depan transformer

Beberapa lagi mainan yang kami naiki bersama ialah roller coaster Battlestar galactica iaitu Human vs Cylon.. semua barangan perlu disimpan di dalam locker yang disediakan percuma. Cermin mata pula di simpan di rak sebelum sampai giliran menaiki. Bagaikan nak gugur jantung kakchik tetapi si bongsu yang berusia 8 tahun relax dan enjoy moment ketika menuruni kecerunan jugak kecuraman berkelajuan tinggi. hehehe.. kakchik control tenang. Kami menikmati makan tengahari dengan hidangan nasi beriani yang berharga SGD15.. boleh tahan sedapnya dan portion agak besar boleh dikongsi bersama anak-anak.


mmm.. dappp

muka Aidil yang keletihan..

Terdapat surau yang terletak di antara roller coaster Human dan Ride The Mummy, tak berapa luas namun tempat berwuduk disediakan di dalamnya.

surau..

Setelah itu kami meneruskan lagi permainan Shrek 4D Adventure dan beberapa permainan kecil yang disediakan. Seterusnya kami menaiki keretapi revenge of the mummy, laju juga semasa keretapi reverse dalam kegelapan.. seram jer kakchik.. hahaha.

Permainan terakhir kami ialah Jurassic Park Rapids Adventure, ride ni mungkin basah sedikit kerana percikan air dan juga air yang masuk ke bot ketika gelombang arus. Hari pun semakin gelap. Kami meneruskan perjalanan pulang dengan bas yang sama dan tiba di Tune Hotel kira-kira jam 8.00 malam. Alhamdulillah kakchik telah pun memenuhi impian anak-anak.