Sunday 26 March 2017

Geng JFE Shoji Wat Rombongan Cik Kiah

Assalam..   muga kalian  sentiasa berada di dalam ketenangan dan di bawah naungan Nya.. 

Pada tarikh 21.3.2017 iaitu hari selasa.. seperti dirancang pada cuti sekolah.. rombongan cik kiah telah membuat lawatan dari utara ke selatan tanahair. Kakchik mengambil kesempatan untuk bersama-sama meraikan sahabat yang masih bekerja under JFE Shoji, cawangan Penang. Berpagi-pagian kakchik ke hotel tempat penginapan Cik Som sahabat kakchik dan anak2 serta adiknya sekeluarga. Setelah bersarapan kami menuju ke Iris Park, Bandar Indahpura, Kulai untuk melawat bekas rakan sekerjanya.. merupakan rakan kakchik juga yang telah bersara awal dari perkhidmatan di JFE Shoji, cawangan Johor Bahru. Dulunya kakchik di HQ Petaling Jaya.. berpindah dari KL sebelumnya. Walaupun kakchik di JB.. namun ini merupakan lawatan kali pertama ke rumahnya.. perasaan terharu dan gembira kerana dapat bertemu setelah sekian lama.

bekas staff JFE.. dua orang di tengah2.. staff JB sebelah kiri dan yang kanan Cik Som..staff Penang

tuan rumah yang sebelah kanan.. cantik rumahnya..

photo kenangan bersama rombongan cik kiah..

bersih dan kemas teratur rumahnya.. makanan pun sedap.. alhamdulillah

Kami meneruskan perjalanan ke rumah kedua iaitu rumah kakchik pula.. di Skudai.. berhampiran UTM, Skudai dan Pulai Spring Resort.


makan tengahari seadanya..


kenangan Cik Som datang ziarah kakchik..


sebahagian ahli rombongan telah ke surau untuk solat zohor ketika ini..

Selepas solat kami menuju ke destinasi berikutnya.. Taman Negara Tanjung Piai.. perjalanan agak lancar.. cuaca cerah dan panas. Kami melalui Jalan Pontian menghala ke Pekan Nanas dan seterusnya masuk persimpangan ke Tg Piai.. tempoh perjalanan dalam sejam untuk sampai ke sana.

Setelah membeli tiket masuk.. RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak2 sekolah kebangsaan dan menengah.. kami pun memulakan lawatan dengan menonton dokumentari mengenai Taman Negara Tg. Piai.. penghujung benua Asia.. Seterusnya kami menuju ke Jeti Tg Piai mengikut trek pelantar pejalan kaki yang telah disediakan.. hutan paya bakau di kiri dan kanan trek.. indah sekali permandangan flora dan faunanya.

Haris dan Aidil.. photo kenangan di mercu tanda Taman Negara Tg. Piai

Lagi photo beramai-ramai..

sebelah bilik tayangan...

kepenatan.. tak larat nak senyum..

Setelah menamatkan lawatan ke Tanjung Piai.. kami menuju ke Kukup Laut untuk mengisi perut.. hanya satu kedai makanan Islam iaitu Kedai Makan Hj Salleh.. kami menikmati minuman dan makanan ala carte iaitu nasi goreng dan mee goreng pelbagai menu  mengikut pesanan.. agak sedap masakannya. Alhamdulillah kenyang..

Hampir maghrib kami bergerak ke rumah terakhir iaitu rumah sepupu ahli rombongan cik kiah.. di Taman Pulai Indah.. terjumpa saudara semasa lawatan ke Taman Negara Tg. Piai.. staff di sana rupa2 nya. Cantik dan menarik deko rumah nya..

cantik hiasan dalaman rumahnya..

pondok telefon pun ada..
Walaupun penat.. semua ahli rombongan berasa gembira dan berpuashati kerana dapat melepaskan rindu setelah lama tidak berjumpa. Sahabat kakchik bersama adiknya sekeluarga meneruskan perjalanan pulang ke utara kira2 pukul 9 malam. Alhamdulillah mereka selamat sampai di Manjong.. rumah adiknya yang menjadi guru di sana kira2 pukul 5 pagi keesokan hari.. sahabat kakchik sempat berehat sebelum pulang ke Penang pada hari yang sama.. pukul 3 petang.

Insya Allah rombongan cik kiah akan ke Manjong dan Pulau Pangkor pada cuti sekolah akan datang.

Wednesday 15 March 2017

We Are Sisters... Forever..

Assalam.. muga ketenangan, kemakmuran dan kebahagiaan seiring dengan usia kalian...

Kakchik rakamkan photo bersama adik kakchik yang membesar juga merasa susah dan senang bersama-sama di kampung.. lama juga photonya.. kami masih remaja dan bersekolah menengah ketika itu... lebih 28 tahun yang lalu... tahun 1988. Rasanya photo diambil berhampiran jalan antara kebun-kebun di kampung kakchik. hehehe

Kakchik mendapat tawaran ke sekolah berasrama di pinggir Bandar Melaka sejak tingkatan satu.. so tinggalkan ateh yang banyak membantu emak di dapur. Hari-hari yang tidak ke sekolah iaitu cuti hujung minggu.. beliau membantu emak mengopek lantun dan menoreh getah apabila mahir. Kakchik turut serta membantu ketika cuti sekolah. Seronoknya mengingati zaman remaja walaupun tidak seindah orang lain.. kami tetap bersyukur kerana emak dan arwah abah merupakan orang yang rajin bekerja. Emak bertukar kerja di beberapa buah kilang setelah estate getah bertukar menjadi ladang kelapa sawit. Kilang terakhir yang mak kakchik kerja ialah di kilang telur.. LTK Omega, Durian Tunggal sehingga mencecah umurnya 62 tahun pada penghujung 2005.

Sedikit sebanyak kakchik dan adik mendapat suntikan semangat bekerja darinya walaupun beliau tidak berpangkat besar.. "yang penting kerja kena tekun dan tetap setia di sesebuah company.. jangan melompat kerja tanpa alasan yang munasabah".. nasihat emak kakchik yang masih diingati hingga kini.. Please take note.. beliau seorang yang buta huruf.. kematian ibu sejak kecil.. terpaksa mengasuh adik-adik dari ibu baru.. namun begitu beliau tetap pasrah dan redho.

kami berubah mengikut peredaran masa.. pemandangan gunung jer masih yang sama.. hehe 

Banyak nostalgia yang kami kumpul bersama.. dari zaman bekerja dan dalam masa yang sama sambung belajar sebelah malamnya.. semua menggunakan duit hasil titik peluh sendiri tanpa bantuan kedua ibubapa.. kerana sedar yang kami dari kalangan orang susah.. kategori keluarga miskin luar bandar pada ketika itu.

Syukur alhamdulillah kami dapat bekerja dan belajar dalam waktu yang sama.. ketika itu kami menyewa bilik kecil sekitar belakang Hosp. Tawakal..sebagai tempat berteduh dan kemudiannya setelah sedikit mampu kami menyewa rumah taman di Setapak Jaya.

ni photo kami pada hujung tahun lepas.. tahun 2016..
Kakchik masih bekerja makan gaji sehingga sekarang.. adik kakchik telah bertapak dengan perniagaannya sendiri.. pembekal toner cartridge sejak 15 tahun yang lalu.. ada rezeki kami walaupun susah pada awalnya. Bersusah-susah dahulu..