Tuesday 30 August 2016

Ubi Cekur Petua Dapatkan Zuriat

Assalam.. petang yang tenang mendamaikan setelah hujan lebat di pagi hari.. membawa pergi bersama jerebu dan habuk-habuk..

Kakchik kongsikan kali ini petua mendapatkan zuriat cara tradisional.. meminum susu bersama air tapisan ubi cekur. Sebagai insan.. kita cuma mampu merancang dan berikhtiar... selebihnya kita berserah kepada Allah yang maha kuasa untuk memberikan rezeki.

Cekur merupakan tumbuhan dalam keluarga halia. Pokok cekur terdiri daripada 2-7 helai daun yang tebal berbentuk bujur telur dan bunganya berwarna putih keunguan. Cekur membiak melalui isinya atau dipanggil rizom. Tempoh matang rizom cekur di antara 8 - 10 bulan selepas ditanam. Daun cekur digunakan sebagai ulam dan ramuan dalam penyediaan nasi ulam. Rizomnya pula digunakan sebagai bahan ubatan untuk menyembuhkan pelbagai penyakit seperti kembung perut, memulas perut, batuk, bengkak, muntah, sakit urat saraf dan beberapa yang lain. Ia juga banyak digunakan dalam ramuan pembuatan jamu-jamu yang terdapat di pasaran.


pokok cekur dengan bunga putih keunguan


pokok cekur yang ditanam di dalam pasu


Pokok cekur yang ditanam di atas tanah
Berbalik kepada petua.. rizom atau ubi cekur hendaklah dicuci bersih anggaran dua genggam. Kemudian toskan dan blend. Selepas itu hendaklah di tapis.. ambil susu segar dalam kotak yang berwarna putih dan tawar tu ye.. tuangkan ke dalam cawan teh kira2 setengah cawan. Kemudian campurkan pula air tapisan ubi cekur tadi dalam anggaran 1/3 cawan dan kacau sebelum diminum seawal iaitu dalam pukul 7 pagi. Lebih afdhal diminum bersama suami atau isteri dan dimulakan dengan bismillah dan niat untuk mendapatkan zuriat. Boleh amalkan berselang dua hari.. Insya Allah akan mendatangkan hasil yang positive. 


rizom cekur..


lagi photo rizom cekur..

Kakchik amalkan petua ini ketika cuba mendapatkan zuriat yang ketiga.. alhamdulillah beberapa bulan berikhtiar.. sekarang zuriat kakchik yang bernama Muhammad Aidil akan mencecah usia 9 tahun pada Oktober 2016 nanti.. Selamat mencuba!

Wednesday 24 August 2016

Peraduan Undi dan Menang ABPBH 2015


Assalam.. muga hari-hari anda dipenuhi dengan kebahagiaan  dan aura positive.

Kakchik kongsikan cerita ringan.. surat makluman berkenaan hadiah peraduan undi dan menang ABPBH 2015. Pertengahan bulan Ramadhan yang lepas.. kakchik menerima sepucuk surat yang dialamatkan ke pejabat tempat kakchik bekerja... terkejut jugak kakchik sebab tak pernah mendapat surat sebegini tau.. lucky draw masa dinner syarikat dari zaman muda dedulu pun tak berapa nak dapat. Musykil ni.. hehehe.. setau kakchik pemenang utama tu.. Neelofa.. tak silap kakchik la kan.. sebab lama tak menonton tv.. baca kat paper jer.. kebetulan kat opis melanggan BH.. senang nak tengok iklan tender projek baru.

nilah surat dari NSTP

Fikir punya fikir.. penat gak berfikir pasal hadiah ni.. sebab kakchik tak menyertai pertandingan tersebut. Aaaaaa baru teringat... anak dara kakchik yang baru lepas spm masa tu.. ada menyertainya.. ni mesti kes guna nama kakchik.. dia dah maklum tapi kakchik yang terlupa.. banyak agaknya dia hantar penyertaan.

Kakchik wakilkan adik kakchik yang tinggal di KL untuk menebus hadiah tersebut.. dia ada kenalan rapat yang bekerja di situ. Terima kasih kepada Ateh dan Zul. 

inilah hadiah nya. masih belum digunakan lagi.. 
Rezeki jangan ditolak.. hehehe

Monday 22 August 2016

Johan Pertandingan Bercerita (P) Alam Ria Pasti Kaw Gelang Patah 2016

Assalam.. muga kehadiran kita di dunia ini.. bermanfaat sesama insan lain.. waima binatang atau tumbuhan sekali pun..

Kakchik kongsikan cerita si bongsu lagi. Pada hari sabtu yang lepas.. bersamaan tarikh 20.8.16 bertempat di Dewan Terbuka SKTU1.. anak kakchik telah turut serta dalam program Tadika Pasti iaitu Alam Ria Kawasan Gelang Patah untuk tahun 2016. Berpagi-pagian juga kakchik sekeluarga bersiap.. hujan renyai di kawasan sekolah ketika itu. Kami membeli nasi lemak bungkus sebagai sarapan pagi.. tumpang makan di kantin sekolah yang ditutup sempena hari cuti hujung minggu.

Kedatangan pelajar Tadika Pasti bersama ibubapa dan keluarga bermula dari pukul 8 pagi lagi.. banyak acara yang dipertandingkan seperti nasyid, hafazan, pidato, azan, khutbah, sajak dan bercerita. Anak kakchik telah mengambil bahagian dalam pertandingan bercerita yang digabungkan sekali dengan acara bersajak. Beberapa bilik darjah digunakan selain acara nasyid di Dewan Terbuka. Majlis bermula tepat pukul 9 pagi dengan dimulai dengan acara sajak pelajar lelaki dari setiap cawangan tadika dalam kawasan Gelang Patah. Seronok melihat telatah anak-anak.. ini merupakan pengalaman pertama kakchik.. hanya si bongsu yang sempat masuk ke Tadika Pasti pada tahun ini setelah dua tahun berada di tadika cina.

Habis acara sajak lelaki.. disambung dengan sajak oleh pelajar perempuan.. dan seterusnya acara yang anak kakchik turut serta iaitu bercerita.. dimulai oleh pelajar lelaki juga.. hanya 3 orang peserta lelaki. Anak kakchik mendapat giliran pertama untuk peserta perempuan. Alhamdulillah boleh tahan penghayatan nya setelah berlatih selama hampir sebulan.. terima kasih kepada anak saudara kakchik yang telah melatihnya untuk bercerita.. credit to Kaka my niece.

Kakchik share youtube anak kakchik bercerita di sini.. boleh lah dikongsi bersama untuk anak-anak lain yang bakal mengambil bahagian dalam acara yang sama pada masa akan datang. Sharing is caring..



                       


Tuesday 16 August 2016

Set Madura - Bye Bye

Assalam.. muga petang yang damai ini menambahkan ketenangan kalian..

Kakchik kongsikan cerita perabut jati yang telah berjasa selama 7 tahun kepada family kakchik. Set Madura namanya.. digunakan di ruang tamu yang sederhana besar.


Set 2 + 1 + 1

Bosan menggunakan perabut yang sama.. kakchik mengambil keputusan untuk menjual set madura 2+1+1 tanpa meja kopi di susah.senang.com hehehe.. Meja kopi yang dikenali sebagai meja ketapang masih kakchik sayang.. digunakan lagi.




set madura 2+1+1 tanpa meja kopi
Harga yang kakchik buka ialah RM650.. own transport.. banyak sungguh whatsap yang masuk untuk melihat dan membelinya.. kakchik based on first come.. first served.

Akhirnya terjual RM600 pada minggu kedua Ramadhan yang lalu.. kebetulan pembeli memang tidak memerlukan meja kopi. Bye bye perabut yang telah banyak jasanya pada kakchik sekeluarga.


Wednesday 3 August 2016

Emakku Kahwin Lagi.. Muga Bahagia Hingga ke Syurga

Assalam.. orang kata.. berdua lebih baik.. banyak pahala yang dapat apabila melayan pasangan yang halal.


Kakchik kongsikan kali ini.. kisah emak kakchik bertemu jodoh dengan orang kampung. Bermula dengan abang ipar kakchik yang menjadi imam di surau kampung.. membantu seorang pakcik untuk dicarikan jodoh setelah pakcik itu kehilangan isteri tersayangnya. Mereka berdua kerap bertemu di surau.. selesai solat berjamaah.. biasanya masing-masing akan bertanya khabar.


Tidak berapa tahu kategori apa yang pakcik letakkan.. setiap ibu tunggal yang abang ipar kakchik rekomen.. semuanya tidak mendapat response positive. Sehinggalah pada suatu hari.. pakcik itu menyuarakan pendapatnya agar Pak Imam tolong risikkan dan pinangkan emak mertua imam untuknya. hehe cam nak risik anak dara pulak.. senang katanya "Imam pun boleh panggil saya ayah nanti".


Kami adik beradik sebenarnya agak terperanjat apabila emak bercerita pasal pinangan tersebut. Memang tidak pernah terlintas di fikiran kami yang emak akan berkahwin lagi di usia 73 tahun walaupun tidak dinafikan, emak seorang yang rajin mengemas rumah dan memasak pelbagai jenis masakan dan kuih muih.


Setelah melalui sessi temuduga dan mengisi beberapa borang... agak ketat juga syarat-syarat yang diminta di dalam borang nikah sekarang ni.. banyak dokumen yang diminta seperti sijil kematian arwah datuk yang telah meninggal hampir 40 tahun dahulu. Pernikahan pun diaturkan.. tarikh kenduri yang agak sukar ditetapkan kerana dokumen tidak berapa lengkap..menunggu borang diproses lagi..


Alhamdulillah emak kakchik selamat dinikahkan pada 28.5.2016 selepas waktu Isyak. Seminggu sebelum bulan Ramadhan.. kiranya dapatlah emak kakchik berpuasa dengan bertemankan suaminya.. syukurlah sebab sebelum ini sendirian.. Kami semua mengucapkan selamat pengantin baru kepada emak.. muga berbahagia hingga ke akhir hayat.. muga tabah mengharungi rumahtangga yang baru dan dapat saling melengkapi sesama pasangan. Aamiin


acara membatalkan air sembahyang setelah sah sebagai suami isteri


diminta bergambar kenangan


anak-anak pakcik.. dua sahaja.. ada abang dan adik..


lagi photo kenangan



semasa acara akad berlangsung..



Monday 1 August 2016

Kek Gula Hangus Sedapp

Assalam.. muga hari ini penuh dengan keceriaan..

Minum petang dengan menikmati kek gula hangus sangat mengasyikkan. Sebagai peminat setia kek gula hangus dan kek buah kukus.. kakchik mencuba berkali-kali untuk mendapatkan hasil yang menepati selera anak tekak.. hehehe

Terima kasih kepada kawan-kawan yang telah berkongsi resepi dengan kakchik.. setelah dicuba beberapa kali.. kakchik sesuaikan.. adjust sedikit sukatan ikut citarasa sendiri. Tapi yang seronoknya ialah hasilnya.. kek gebu dan bersarang..

Kakchik guna acuan berlubang ni..



enak dimakan perlahan-lahan sambil melihat sarang-sarang
Bahan-bahannya :

- 1 3/4 cawan gula halus
- 1 1/2 cawan air panas
- 180 gram butter (anggaran 3/4 dari sebuku butter 250 gm)
- 5 biji telur gred A
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 3 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya :
1.  Mula-mula cairkan gula dahulu untuk dibuat gula hangus. 
2.  Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan.
3.  Jgn kacau sebab nanti ia berketul-ketul, pastikan api perlahan dan gula tidak hangus sangat.
4.  Bila gula dah cair, tuangkan air panas, guna air panas dia kurang merecik compare air sejuk.
5 . Bila dah cair, sejukkan. 
6.  Dalam periuk kecil yang lain, cairkan mentega dan sejukkan.
7.  Pecahkan telur dalam bekas membuat kek dan kacau hingga telur cair dan rata.
8.  Masukkan susu pekat, susu yang dibiarkan pada suhu bilik.
9.  Kacau rata perlahan-lahan, then masukkan mentega dan kacau rata lagi.
10.Masukkan esen vanilla, ayakkan tepung dan soda, kacau rata perlahan-lahan.
11.Akhir sekali, tuangkan gula hangus dan kacau rata lagi.
12.Tuangkan ke loyang berlubang yang telah dilapik kertas pembakar dan dioleskan sedikit butter.
13.Perap adunan selama 2-3 jam, lagi lama diperap, lagi cantik sarang-sarangnya.
14.Bila dah cukup tempoh perapan, masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit, suhu 160 celcius dengan hanya api bawah sahaja.
15.Bakar selama 40 minit, 5 minit lagi letakkan api atas & bawah. Siap masak tunggu kek sejuk sebelum dipotong. Selamat mencuba ye.