Sunday 31 January 2021

Beg Sling Crochet

Assalam.. muga kalian baik-baik sahaja bersama keluarga tersayang. Kita masih di dalam tempoh PKP lagi kerana tempoh 2 minggu telah disambung hingga 4.2.21 berikutan kes Covid 19 yang mencanak naik hingga 5 ribu kes baru sehari.

Minat mengait crochet kakchik teruskan dengan mengait beg sling yang  bersaiz lebar 20cm dan ketinggian 16cm. Ianya muat untuk memasukkan dompet atau wallet serta hand phone.

Kakchik menggunakan benang hijau nylon kerana ia tahan kotor dan cantik berdiri bila siap dikait. Terima kasih kepada sahabat kakchik Norhasimah Hashim dari Melaka yang berminat menggunakan hasil kerja tangan kakchik.







tapak yang kakchik jadikan contoh

Beg berwarna coklat pula kakchik gunakan benang tali pp atau juga dikenali sebagai benang tali siam. Terima kasih kepada sahabat kakchik, Cik Som dari Pulau Pinang yang berminat dengan hasil tangan yang tidak seberapa ini.

Muga kalian berpuas hati ye. Doakan kakchik bertambah rezeki dari pelbagai sudut. Insya Allah.

Wednesday 13 January 2021

PKP 2021 Dari 13.1.21 ~ 26.1.21

Assalam.. muga kalian baik-baik sahaja walau di musim tengkujuh yang menyukarkan sedikit pergerakan. Muga mangsa banjir dipermudahkan urusan mereka dan segala kerugian yang mereka alami Allah gandakan rezeki kerana kesabaran juga pengorbanan mereka. Insya Allah.

Petang isnin yang lalu segala teka teki berkenaan PKP terjawab apabila Perdana Menteri kita mengumumkan bahawa PKP akan berkuatkuasa mulai jam 12.01 tengah malam hari rabu 13.1.21 selama dua minggu sehingga 26.1.21 bersamaan hari selasa.



Negeri yang terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ialah Pulau Pinang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, WP Labuan, Johor, Sabah dan Melaka. Negeri yang lain masih ada yang berstatus PKPD, PKPB atau PKPP. Pergerakan merentas negeri tidak dibenarkan bagi semua negeri dan untuk negeri yang berstatus PKP, merentas daerah juga tidak dibenarkan.

Kes Covid-19 semakin meningkat dan difahamkan semua hospital dipenuhi pesakit. Ada juga pesakit yang positive tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala terpaksa kuarantin sendiri. Hospital mengutamakan pesakit bergejala dan dari kalangan warga emas. Pelbagai kluster timbul disebabkan kurangnya kesedaran di kalangan orang ramai yang ambil lewa SOP yang ditetapkan bagi membendung pandemik Covid 19.




Anak-anak sekolah akan mulai naik belajar bagi tahun 2021 pada tarikh 20.1.21 seperti yang ditetapkan sebelum ini. Ianya merupakan pembelajaran secara dalam talian di rumah bagi murid tahun 1 hingga ke tingkatan 4. Calon SPM 2020 dan SPM 2021 sahaja yang akan belajar secara bersemuka dengan SOP diperketatkan.

Harapnya anak-anak dapat belajar walau dalam apa jua keadaan. Muga musibah demi musibah dapat kita semua tempuhi dengan penuh kesabaran. Aamiin