Thursday 31 March 2022

Arisya Johan Bercerita Tahap 2 - Daerah Johor Bahru

Assalam.. muga kita sama-sama beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.

Kakchik kongsikan aktiviti anak bongsu yang menyertai acara bercerita tahap 2 bagi Tilawah Sekolah Agama Johor Tahun 2022 Peringkat Daerah yang berlangsung di Sek Agama Sri Alam 2 pada tanggal 30.3.2022 iaitu hari Rabu. Beliau mendapat giliran ke4.

Syukur alhamdulillah beliau dapat menyampaikan cerita dengan penghayatan yang penuh dan gaya yang dipelbagaikan. Sebagai peserta terakhir, kami terus pulang kerana badannya yang mula dedar.

Beliau muntah di dalam perjalanan pulang kerana badan yang kurang sihat. Kami berhenti seketika di stesen minyak yang berhampiran untuk membuang sisa kotoran.




Majlis penyampaian hadiah dihadiri oleh Guru Besar dan guru pembimbing iaitu Ustazah Norazlin. Melalui wasap kakchik dimaklumkan yang Arisya telah menjadi Johan Daerah Johor Bahru seterusnya melangkah ke peringkat negeri.

Syukur alhamdulillah dan terima kasih yang tidak terhingga buat guru pembimbing yang tidak jemu menggilap bakat anakanda bongsu kakchik. Hanya Allah yang akan membalasmu.

Birthday Arisya Ke 12 Tahun

Assalam.. muga kalian sihat sejahtera dan dikurniakan rezeki dari pelbagai sudut yang melimpah ruah bagai air sungai yang mengalir deras.

27.3.2022 bersamaan hari Ahad merupakan hari ulangtahun si bongsu kakchik. Betapa masa begitu pantas berlalu dan si dara comel ini telah pun berusia 12 tahun. Doa mama agar Risya menjadi anak yang solehah dan berjaya mengejar cita-cita serta segala impian yang mulia.

Kakchik cuma sempat membeli kek pilihan beliau dan papa yang masih kuarantin memesan sedikit makanan segera pilihan si manja.






Kami meraikan ulangtahun si comel bersama keluarga sahaja sebagai ingatan kasih dan sayang. Ayam goreng McD agak besar ketulannya hingga rasa sukar untuk kakchik habiskan satu ketul. Kek white cheese pula agak enak dan tidak muak di jamah.

Papa telah menyusun janjitemu di portal JPN untuk membuat kad pengenalan pada hari Khamis. Seronok betul Arisya kerana telah menunggu begitu lama untuk dapatkan IC tanda telah melangkah remaja. Muga anak mama sihat dan dilindungi oleh Allah selalu. Aamiin.

Wednesday 30 March 2022

Johan Bercerita Tahap 2 - Zon Gelang Patah 2022

Assalam.. muga hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari yang bakal mendatang menjanjikan kebahagian buat kita semua.

Tanggal 24.3.2022 bersamaan hari Khamis kakchik menemani anak bongsu dan ustazah pembimbing ke Sekolah Agama Paya Mengkuang untuk bertanding acara Bercerita Tahap 2.

Nombor giliran yang Arisya dapat ialah yang pertama. Namun sessi bermula dengan pelajar lelaki dahulu dan seterusnya giliran Arisya. Syukur alhamdulillah Arisya dapat menyampaikan cerita yang bertajuk Raja Namrud dan Nabi Ibrahim dengan lancar.

Setelah selesai semua calon yang bertanding menyampaikan cerita masing-masing, kami pun berangkat pulang kira-kira jam 1 tengahari.  Majlis penyampaian hadiah hanya dihadiri oleh Guru Besar sahaja kerana mengikut SOP norma baharu endemik.


Kami dikhabarkan melalui wasap keputusan pengadil dan Arisya telah menjadi Johan Zon Gelang Patah seterusnya akan melangkah ke peringkat daerah. Tahniah Arisya👏👏

Syukur alhamdulillah dan jutaan terima kasih buat ustazah pembimbing yang gigih menggilap bakatnya. Muga Arisya mendapat kejayaan yang sama di peringkat daerah nanti. Aamiin🤲🤲