Wednesday, 21 September 2016

Bekalan Air SAJ Rumah Sewa Kena Potong

Assalam.. muga hari-hari yang kita lalui lebih bermakna.. cuaca agak panas sekarang..so jaga makan dan jaga kesihatan.

Kakchik ingin kongsikan mengenai bekalan air rumah sewa yang dipotong. Penyewa pada masa itu ialah sekumpulan 3 orang nurse sebuah hospital swasta di area Medini, Nusajaya. Ketuanya baru seminggu memberikan notis untuk mereka keluar rumah pada hujung bulan June 2016.. tanpa memberitahu sebarang notis pemotongan bekalan yang biasanya dimaklum oleh SAJ kepada pengguna.. tempoh 14 hari diberi untuk menjelaskan bayaran yang tertunggak. Pada hari kejadian pemotongan iaitu 21.6.2016.. jiran sebelah rumah sewa yang call kakchik dan memaklumkan perkara tersebut.. dan selepas itu barulah penyewa pula yang memaklumkan ada masalah sedikit.. beliau mendakwa bil yang tertunggak ialah bil penyewa lama.. kononnya la..


Penyata pengguna diberi ketika pemotongan bekalan air

Kakchik meluangkan masa di pagi sabtu di bulan Ramadhan itu untuk mendapatkan penyata bagi tujuan pembayaran dan sambung semula. Oleh kerana pejabat SAJ tutup pada hari itu, keesokan harinya iaitu ahad 26.6.2016 kakchik telah ke SAJ Tmn Perindustrian Nusajaya 2 bagi urusan pembayaran. Mengikut penyata tersebut bil 1.3.16 mencatatkan penggunaan tertinggi iaitu RM 205.00 sehinggakan kakchik berfikir.. rajin betul adik2 nurse ni mandi... berkubang ke mereka?? Setelah diselidiki rupa-rupanya ada seorang yang bukan berbangsa melayu telah menumpangkan teman lelakinya mandi sementara rakan yang dua orang lagi bertugas... terlupa tutup paip kolam mandi dan kebetulan rakan-rakan lain shift bertugas sambung menyambung dan terus pulang ke kampung halaman kerana cuti hujung minggu.

Jumlah yang perlu dibayar ialah RM303.38 termasuk kos pemotongan dan penyambungan semula.

Nilai yang tertunggak di penyata  -  RM229.18
Tambah : caj pemotongan           -  RM  37.10
Tambah : caj sambung semula    -  RM  37.10
                                                     --------------
Jumlah                                       -  RM303.38
                                                   =========
 
  
Bil pelbagai - caj sambung penguatkuasa termasuk GST RM37.10
Abaikan nota tangan oleh pegawai bertugas.. info darinya mengelirukan. Setelah mendapat bil air terbaru selepas bayaran pemotongan iaitu bil tempoh dari 1.7.16 - 1.8.16 barulah kakchik faham.. kat bil tertera jumlah bayaran sebanyak RM266.30 pada 26.6.16 walaupun jumlah sebenar yang kakchik telah bayar ialah RM303.38 kerana beza RM37.10 iaitu caj sambung penguatkuasa telah keluar di bil pelbagai. Yang mengelirukan kerana pegawai bertugas menyatakan bahawa ada lagi caj RM37.10 yang perlu dibayar pada bil terkini.. hehe.. pening kakchik nak fahamkan.. aptb

bil 1.7.16 - 1.8.16

12 comments:

  1. Berapa lama kena tunggu untuk penyambungan lepas bayaran ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak brp lama.. dlm tempoh 24 jam mrk pasang semula

      Delete
  2. Dia cabot meter ke masa kena potong tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tumpang tanya kalau bayar separuh boleh ke atau full

      Delete
    2. Klu dah keluar surat merah..bolehkah bayar separuh sbb meter belum cabut lagi

      Delete
    3. Kena buat bayaran penuh dik, boleh cuba buat rayuan dulu.

      Delete
    4. Caj pemotongan n pemasangan semula meter masih sama caj nye ?

      Delete
    5. Kakchik percaya ianya masih sama. Encik boleh hubungi pihak SAJ untuk kepastian.

      Delete