Thursday 23 June 2016

Kenangan Anak Kakchik Beraya di Moscow.. Syawal 1436

Assalam.. syahdunya rasa melewati hari demi hari di bulan Ramadhan ini.. Ramadhan jangan pergi..

Kakchik kongsikan kenangan anak kakchik beraya di perantauan pada tahun 2015.. hampir dua minggu berpuasa di Moscow.. panjang jugak tempoh puasanya.. kira-kira 21 jam.. imsak lebih kurang pukul 1.30 pagi.. dan berbuka pukul 10 ++ malam.. Makan sekali sehari, waktu berbuka sahaja.. Sambutan aidilfitri secara sederhana bersama-sama rakan pelajar di Kedutaan Malaysia di Moscow pada hari raya pertama. 


Salam Aidilfitri dari perantauan..


Bersiar sekitar Moscow.. otw balik kediaman..


segak ye abang anil..


abang anil dan sahabatnya..



Sahabat menjadi pengganti keluarga ..

macam kumpulan nasyid ye..

selepas menjamu selera..


batch abang anil..


suasana musim panas.. sama macam di tempat kita..
Pada raya kedua mereka meraikannya di rumah pegawai Mara. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan ke atas layanan kepada anak kakchik dan rakan-rakannya..

Monday 20 June 2016

Si Bongsu Cabut Gigi Kapak

Assalam..

Ni kakchik share pasal gigi susu anak kakchik.. bulan lepas gigi bawah nya bergoyang.. kakchik cuba cabut sendiri selepas kuat goyang nya.. terus keluar dah gigi kekal. Then sebelahnya pulak yang bergoyang.. tercabut sendiri masa si bongsu menggigit makanan yang agak keras. Tak bestnya.. gigi kekal dah menyusul keluar bukan pada tapak yang betul.. huhu

Risau akan keadaan gigi bawahnya yang tumbuh senget.. bila si bongsu mengadu yang gigi kapak belah atasnya dah goyang terus kakchik bawa jumpa doktor gigi di Klinik Kesihatan Taman Universiti. Alhamdulillah doktor yang bertugas dengan penuh dedikasi telah memeriksa setiap batang gigi. Untuk gigi yang tumbuh senget tu.. katanya biar dia tumbuh dulu.. apabila gigi yang menjadi jiran sebelah menyebelah mula goyang bawa jumpa doktor untuk dicabut dan ruang yang ada nanti membolehkan gigi yang senget bergerak sendiri ke tapak asalnya. 

So untuk hari itu.. doktor telah mencabut dua batang gigi kapak yang telah goyang. Doktor cuma melekapkan kapas yang telah dicalit ubat seperti jem strawberi ke gigi yang bergoyang tersebut dan beberapa minit gigi berjaya dicabut satu demi satu.. lalu disumbat dengan kapas bagi tujuan menghentikan aliran darah.

beginilah rupanya selepas gigi kapak dicabut
Selesai urusan mencabut tersebut kakchik pun ke kaunter bayaran. Tiada bayaran dikenakan ke atas kanak2  di bawah umur 7 tahun. Alhamdulillah...


jadual pertumbuhan dan penanggalan gigi susu yang kakchik buat rujukan

Sunday 19 June 2016

Berkelana ke Russia untuk Menuntut Ilmu

Assalam.. muga ramadhan ini lebih bermakna buat kita semua..aamiin

Diam tak diam dekat setahun berlalu.. 5/7/2015 (hampir 2 minggu berpuasa masa tu) anak kakchik terbang ke Moscow untuk melengkapkan kelas persediaan Pre Russia nya di Miat (Unikl) iaitu 2 bulan di Russia sebelum memulakan pengajian tahun pertama.

Pertama kali menjejakkan kaki di airport Moscow.. waktu malam

Tidak melepaskan peluang menikmati keindahan kota Moscow bersama sahabat sepengajian



bergambar berlatarkan mercu tanda Moscow..



Muga anil cepat menyesuaikan diri belajar di sana..

Melawat tempat2 yang menjadi tumpuan pelancong
Tempoh 2 bulan sebagai persediaan mental dan fizikal pelajar.. alhamdulillah mereka dapat menyesuaikan diri dengan cuaca, bahasa, budaya, makanan dan persekitaran di sana. Muga anak-anak ini dapat menamatkan 4 tahun pengajian dengan jayanya. 

Thursday 2 June 2016

Festival Tulip - St Petersburg, Russia

Assalam.. muga hari-hari yang berlalu meninggalkan kenangan terindah buat kita semua..

Kakchik kongsikan kenangan anak sulung kakchik.. melawat festival tulip di tempat dia belajar. Cantik sungguh bunga tulip ni.. ada berbagai-bagai warna..

dah boleh pakai t shirt jer  cam tempat kita ni..



warna yang menarik..

tulip merah dan tulip kuning..




tulip pink dan merah..



dah kembang mekar..






cantik nya si pink..

yang ni kelopak dia besar2 ye..

Geram jer tengok photo bunga-bunga tulip ni.. indahnya ciptaan Allah.. tengok photo pun rasa tenang jiwa dan raga..