Thursday 27 July 2017

Trip ke Rumah Abang Tiri di Jengka 3 @ 15.7.2017

Assalam..  muga kalian beroleh kesihatan yang baik dan banyakkan minum air masak pada cuaca panas sekarang.. dapat air kelapa pun boley.. hehe 

Sempena masuk rumah baru atau lebih dikenali sebagai banglo.. abang tiri kakchik menjemput kami sekeluarga bersama-sama menghadiri majlis kenduri kesyukuran serta tahlil bertempat di Felda Jengka 3. Majlis tersebut juga merupakan sambutan rumah terbuka memandangkan masih berada di bulan Syawal. Syukur alhamdulillah kakchik pun tumpang gembira untuk sama-sama meraikan dan ini merupakan pengalaman pertama ke kawasan Jengka yang dikatakan felda terbesar, mengikut kata pakcik.. sama luasnya dengan negeri Perlis.. wallahu Alam. Abang tiri kakchik yang mengajar dan mendirikan rumahtangga bersama isteri yang juga seorang guru yang berasal dari situ.. Felda Jengka 1 sebelum ini menetap di quarters guru agak lama sebelum membeli tanah dan membina kediaman sendiri.

Kakchik dan ateh merancang untuk pergi ke Jengka secara rombongan cik kiah.. port pertemuan ialah rumah mak di Melaka kerana kami akan membawa mak dan pakcik sekali bersama-sama. Pada tarikh 15.7.2017 bersamaan hari sabtu kami memulakan perjalanan pada pukul 7.15 pagi.. laluan kami ialah.. rumah mak-Air Kuning-Jelai-Bahau-Temerloh-Jengka. Perjalanan yang agak mencabar.. hampir 4 jam dari kampung kakchik.. sempadan Melaka-N9. Kami sampai kira-kira pukul 12.30 tengahari. Terima kasih kepada en. suami yang memandu tanpa bergilir dan belanja kami makan malam itu.


cantiknya mahligai Lan sekeluarga ye..  terima kasih atas layanan baik suami isteri dan anak2



pasti seorang abah bangga anaknya telah berjaya dalam hidup dan pandai bawa diri..


photo indoor.. pakcik tiada masa ni.. menjamu selera bersama saudara mara sebelah Jengka


menjamu selera di pertengahan trip.. sedap bekal nasi lemak masakan ateh dan nasi goreng mak

photo kenangan Risya dan adik Anna. berhampiran Bera..

Habis kenduri dalam pukul 5.00 petang kami bergerak pulang. Memang perjalanan yang agak meletihkan tetapi kami amat gembira kerana dapat bersama-sama ahli keluarga. Alhamdullilah kami selamat sampai dan keesokan paginya kami pulang ke JB.

Wednesday 19 July 2017

Birthday Danial ke 21 @ 9.7.2017

Assalam... muga hari-hari anda mendamaikan.. dipenuhi dengan aura positive dan semangat membina..

Bersesuaian dengan tajuknya.. hari lahir anak sulung kakchik.. muga panjang umur dan menjadi anak yang soleh dunia dan akhirat. Mama dan keluarga sayang abang anil!


dah bujang anak mama..


terima kasih belanja mama dan family dinner.. 

comel-comel ajer..

tasya posing..

lagi posing nya..

tawa lebar sama macam zaman bayi lagi..

tawa yang sama kan..
Muga murah rezeki dan terus cemerlang di dalam pengajian seterusnya mendapat kerjaya yang baik. Aamiin.

Tuesday 18 July 2017

Pengalaman Pertama Anak-anak Beraya Berkumpulan

Assalam.. muga Syawal yang masih dirayakan mendatangkan manfaat buat kita semua..

Kakchik kongsikan kenangan anak-anak yang beraya bersama kawan-kawan di beberapa buah rumah di kejiranan kami tanpa ibubapa. Memandangkan kami merupakan penduduk minoriti.. inilah julung kalinya anak-anak dapat mengutip pengalaman. Terima kasih kepada jiran kakchik iaitu Sapiah yang mengurus dan menjadi pemerhati peribadi untuk anak-anak seramai 9 orang termasuk anak-anak kakchik beraya beramai-ramai dengan berjalan secara kumpulan seperti zaman kakchik dulu2 semasa di kampung.


beraya di rumah kakchik.. rumah ketiga..
Penat juga mereka berjalan dari satu lorong ke lorong yang lain kerana jaraknya agak jauh. Alhamdulillah merasa kakchik menerima tetamu cilik seperti yang selalu dilalui oleh anak-anak di kampung dan taman-taman. Sempat kakchik bertanya anak-anak tentang ibubapa mereka.. ianya dapat mengeratkan silaturrahim sesama kami di situ. Kakchik dan suami panjangkan ziarah ke rumah ibubapa mereka pula.. mana yang sempat.

seronoknya anak-anak beraya..



Tuesday 11 July 2017

Indahnya Persahabatan.. Kunjungan Syawal 2017

Assalam..  masih di dalam mood raya.. lagu raya pun masih berkumandang di corong radio bagai mengingatkan kita untuk memberi atau menerima kunjungan saudara mara, sahabat handai jua jiran tetangga.

Julung kalinya kakchik menerima kunjungan teman seperjuangan sejak di bangku sekolah rendah lagi.. sahabat Sharodz..walaupun kami sering bertemu sehabis STPM memandangkan orang tua kami tinggal sekampung dan beliau juga menetap di kampung yang sama.. tetapi kunjungan ke teratak kakchik memang sangat manis dan memanjangkan silaturrahim antara dua keluarga.

Terima kasih kepada beliau yang dikenali sebagai Cikgu Murni dan suaminya Abang Razak juga anak-anak bujangnya. Kakchik sungguh terharu kerana kunjungan insan yang saling mengenali memang sentiasa ditunggu tanpa sempadan atau alasan.


bersama 4 orang hero Cikgu Murni yang berdiri di belakang..


Kebetulan abang Danial pun ada ketika ini.. Tasya jer belum balik dari kerja..

Panjang umur dan murah rezeki kita berjumpa lagi.. Insya Allah.

Monday 10 July 2017

Jejak Kasih Raya 2017..

Assalam.. salam aidilfitri.. maaf zahir dan batin buat semua.. muga lebaran yang baru berlalu meninggalkan kenangan terindah.

Jejak kasih yang kakchik maksudkan ialah untuk cik putih.. setelah hampir 20 tahun berada di jalan raya.. lebih-lebih lagi semasa berada di negeri asalnya, tidak pernah bersua muka, sempena lebaran ini.. berhampiran kawasan pejabat tempat kakchik bertugas.. cik putih bertemu kembar seirasnya.. nombor plat yang sama.. 


Cik putih yang sebelah kanan.. 
Walau tidak semewah mini cooper.. cik putih telah banyak berjasa.. muga cik putih terus sihat untuk berkhidmat bersama kakchik and d gengs.. Insya Allah.