Sunday 30 September 2018

Luncur Ais di Blue Ice Skating Rink, Paradigm Mall

Assalam..  muga kalian ceria dan sentiasa di bawah lindungan Nya.

Cuti umum pada ahad 9.9.2018 yang lepas telah memberi ruang kepada kakchik untuk membawa anak-anak bermain luncur ais di Paradigm Mall yang di buka seawal jam 10.00 pagi. Tiket masuk pada cuti umum ialah RM28.. sama harga untuk dewasa dan kanak-kanak. Harga yang dibayar termasuk sewa kasut luncur. Kami telah membawa stoking dan sarung tangan bersama.. peralatan tersebut adalah keperluan untuk setiap peluncur. Jika sekiranya kalian tidak membawa bersama, ianya juga boleh dibeli di kaunter tiket dengan bayaran yang berpatutan.

Memandangkan kakchik telah berzaman tidak meluncur.. hihihi.. tugasan mengajar terletak dibahu Abang Danial. Alhamdulillah Aidil dapat melunjur dengan baik setelah sedikit tunjuk ajar dari abangnya. Si Risya yang manja dan agak penakut banyak berpaut dan berpapah pada dinding sekeliling gelanggang sahaja.. takut jatuh walaupun telah di pimpin dan di ajar banyak kali oleh Abang Anil.

berfoto sebelum masuk gelanggang

Dah siap untuk meluncur ais..

gembiranya adik Risya.. 

Abang Aidil dah boleh meluncur ais.. berkat latihan main roller blade tahun lepas


Sesekali dapat outing bersama Abang Anil.. sebelum abang balik Uni.

Alhamdulillah hampir 3 jam jugak anak-anak kakchik berada di dalam gelanggang sebelum kepenatan dan keletihan. Kami menjamu selera dengan nasi campur di food court.. sedap masakannya.

Monday 24 September 2018

Perkhemahan Perdana SKTU1 @ 27-28.7.2018

Assalam..  muga kalian sentiasa sihat dan berbahagia di samping keluarga tercinta.

Kakchik kongsikan perkhemahan anak ketiga kakchik iaitu Muhammad Aidil dan rakan-rakan sekolahnya. Walaupun perkhemahan bertempat di padang sekolah sahaja, Aidil tetap teruja dan amat gembira untuk turut serta. Perkhemahan Perdana ini menggabungkan semua ahli persatuan iaitu PBSM, Puteri Islam Malaysia dan Pengakap. 

Objektif perkhemahan diadakan ialah bagi melahirkan murid yang mempunyai jati diri yang kental dalam menghadapi cabaran dunia globalisasi. Ianya juga bagi melatih pelajar untuk berdikari dengan menyediakan modul yang melibatkan anak-anak sendiri yang menyediakan makanan dan minuman bagi kumpulan mereka. Selain dari itu, ia dapat membentuk modal insan yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan dan menyemai semangat patriotisme dalam diri mereka.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru-guru SKTU1 yang terlibat mengendalikan perkhemahan untuk anak-anak didik mereka. Jasa guru tetap dikenang hingga ke akhir hayat. Jazakumullahu khairan kathira.


Aidil sebagai wakil PBSM menerima hamper..

Taklimat sebelum perkhemahan bermula.. 

bersama guru penasihat persatuan

Jadual aktiviti sepanjang perkhemahan































































buat roti katanya.. hihi.. Aidil memang suka buat roti di rumah


Senarai barangan yang perlu di bawa

Terpancar kegembiraan dan kepuasan di muka anak kakchik ketika kami menjemputnya pulang setelah perkhemahan tamat walaupun dia keletihan. Alhamdulillah syukur.. muga anak-anak semua mendapat ilmu yang berguna dan bermanfaat. Insya Allah.