Sunday 23 April 2017

Mom & Daughter - Dewan EC

Assalam.. hope that everyone enjoy healthy life and stay calm..

Jemputan perkahwinan anak sulung bekas pengarah syarikat tempat kakchik bekerja pada hari sabtu 22.4.2017 telah berlangsung di Dewan EC (English College).. masa anak sulung kakchik melangkah masuk form 1 pada tahun 2009.. dewan tersebut masih dalam perancangan. Setiap tahun sumbangan khas bagi pihak ibubapa dikutip sehingga awal tahun 2012 pun masih berjalan kutipannya.. untuk tampung kerja-kerja infra selepas bangunan siap, bajet lari sebab harga bahan mentah untuk pembinaan meningkat naik. Alhamdulillah semalam dapat kakchik menjejakkan kaki ke sana.

Secara tidak sengaja anak perempuan kakchik mengajak untuk bergambar bersama.. peluang yang jarang2 datang ini kakchik abadikan sebagai kenangan.. beliau balik bercuti.. sem 2.

Pintu sisi Dewan EC.. remaja dah anak mama..


tasya masih comel & nakal sama seperti zaman kanak-kanak nya..


benarlah kata-kata.. anak no dua ni manja kan..


luas jugak dewan nya.. sesuai untuk joint majlis pihak lelaki dan perempuan


sedap makanan nya.. paling kakchik suka.. biskut semperit..

Thursday 20 April 2017

Kem Kepimpinan Sek Agama UTM - 3H2M

Assalam.. muga kalian beroleh ketenangan dan kebahagiaan bersama keluarga tercinta.

Aidil begitu teruja untuk mengikuti kem kepimpinan sekolah agamanya selama 3 hari 2 malam pada 23 - 25.2.2017 yang lalu bertempat di tapak perkhemahan bersebelahan Pusat Kesihatan UTM, Skudai. Seminggu sebelum hari kejadian lagi beliau telah menyediakan semua alatan dan pakaian seperti di dalam checklist yang cikgu beri. 

Day 1 ~ 23.2.2017

Berkumpul di Sek. Agama UTM. Aidil berasa lebih gembira kerana beberapa orang rakan yang sama tinggal di taska pun turut serta.

gembira sunguh..

menunggu bas UTM menuju ke tapak perkhemahan

Petangnya kakchik balik kerja.. sempat sekodeng.. nak tengok keadaan Aidil.. maklumlah baru pertama kali berpisah.. 

yang sebelah kanan khemah pelajar perempuan.. belah kiri di bawah bukit untuk pelajar lelaki


kakchik perati jer dari jauh.. 

Day 2 ~ 24.2.2017

Seawal pukul 5.00 pagi mereka telah bangun untuk solat subuh berjamaah.. ada kuliah subuh dan seterusnya beberapa program motivasi dan team building.

solat jamaah

aktiviti menyihatkan badan

mendengar arahan sebelum xtvt..


semangat bekerjasama dipupuk secara kumpulan


pelajar lelaki ke masjid UTM.. solat jumaat


ceramah motivasi


Day 3 ~ 25.2.2017

Pagi itu kakchik melintas lagi di tapak perkhemahan sebelum bersarapan pagi.. sempat melambai tangan.. sebenarnya dalam hati risaukan si bujang kecik.. hehe

kuliah subuh..

lagi xtvt berkumpulan..

berkemas untuk balik sebelum majlis penutup dan penyampaian sijil penyertaan


bas menurunkan peserta di sekolah.. keletihan nampaknya

Alhamdulillah program motivasi yang sangat berguna untuk pelajar seusia Aidil.. darjah 4 sekolah agama. Seronok mendengar dia bercerita tentang hal sepanjang perkhemahan tersebut. Anak lahaiii anak.. mandi dan tidurlah sepuasnya.. jangan lupa gosok gigi bersih2.. tagline kakchik untuk semua anak2 yg membesar dari umur 5 tahun lagi, bila mereka pandai gosok sendiri.. esok dah nak ke sekolah.

Wednesday 5 April 2017

Letupan di St Petersburg.. Syukur Pelajar Malaysia Selamat

Assalam.. muga hari-hari anda dipenuhi dengan keceriaan dan perkara positif yang bermanfaat.


Berpagi-pagian kawan kakchik memberi keratan akhbar yang memuatkan tentang tragedi letupan keretapi di St Petersburg dengan tajuk "21 Pelajar Selamat". Syukur alhamdulillah anak kakchik dan rakan-rakannya terselamat dalam kejadian tersebut.

Patutnya photo ketua pelajar.. tapi entah macam mana boleh tersilap keluar photo anak kakchik plak..
Muga dijauhkan sebarang anasir jahat dan permudahkan kehidupan mereka semua dalam menimba ilmu di sana. Aamiin.