Assalam.. muga kalian beroleh ketenangan dan kebahagiaan bersama keluarga tercinta.
Aidil begitu teruja untuk mengikuti kem kepimpinan sekolah agamanya selama 3 hari 2 malam pada 23 - 25.2.2017 yang lalu bertempat di tapak perkhemahan bersebelahan Pusat Kesihatan UTM, Skudai. Seminggu sebelum hari kejadian lagi beliau telah menyediakan semua alatan dan pakaian seperti di dalam checklist yang cikgu beri.
Day 1 ~ 23.2.2017
Berkumpul di Sek. Agama UTM. Aidil berasa lebih gembira kerana beberapa orang rakan yang sama tinggal di taska pun turut serta.
|
gembira sunguh.. |
|
menunggu bas UTM menuju ke tapak perkhemahan |
Petangnya kakchik balik kerja.. sempat sekodeng.. nak tengok keadaan Aidil.. maklumlah baru pertama kali berpisah..
|
yang sebelah kanan khemah pelajar perempuan.. belah kiri di bawah bukit untuk pelajar lelaki |
|
kakchik perati jer dari jauh.. |
Day 2 ~ 24.2.2017
Seawal pukul 5.00 pagi mereka telah bangun untuk solat subuh berjamaah.. ada kuliah subuh dan seterusnya beberapa program motivasi dan team building.
|
solat jamaah |
|
aktiviti menyihatkan badan |
|
mendengar arahan sebelum xtvt.. |
|
semangat bekerjasama dipupuk secara kumpulan |
|
pelajar lelaki ke masjid UTM.. solat jumaat |
|
ceramah motivasi |
Day 3 ~ 25.2.2017
Pagi itu kakchik melintas lagi di tapak perkhemahan sebelum bersarapan pagi.. sempat melambai tangan.. sebenarnya dalam hati risaukan si bujang kecik.. hehe
|
kuliah subuh.. |
|
lagi xtvt berkumpulan.. |
|
berkemas untuk balik sebelum majlis penutup dan penyampaian sijil penyertaan |
|
bas menurunkan peserta di sekolah.. keletihan nampaknya |
Alhamdulillah program motivasi yang sangat berguna untuk pelajar seusia Aidil.. darjah 4 sekolah agama. Seronok mendengar dia bercerita tentang hal sepanjang perkhemahan tersebut. Anak lahaiii anak.. mandi dan tidurlah sepuasnya.. jangan lupa gosok gigi bersih2.. tagline kakchik untuk semua anak2 yg membesar dari umur 5 tahun lagi, bila mereka pandai gosok sendiri.. esok dah nak ke sekolah.
No comments:
Post a Comment