Sunday 23 April 2017

Mom & Daughter - Dewan EC

Assalam.. hope that everyone enjoy healthy life and stay calm..

Jemputan perkahwinan anak sulung bekas pengarah syarikat tempat kakchik bekerja pada hari sabtu 22.4.2017 telah berlangsung di Dewan EC (English College).. masa anak sulung kakchik melangkah masuk form 1 pada tahun 2009.. dewan tersebut masih dalam perancangan. Setiap tahun sumbangan khas bagi pihak ibubapa dikutip sehingga awal tahun 2012 pun masih berjalan kutipannya.. untuk tampung kerja-kerja infra selepas bangunan siap, bajet lari sebab harga bahan mentah untuk pembinaan meningkat naik. Alhamdulillah semalam dapat kakchik menjejakkan kaki ke sana.

Secara tidak sengaja anak perempuan kakchik mengajak untuk bergambar bersama.. peluang yang jarang2 datang ini kakchik abadikan sebagai kenangan.. beliau balik bercuti.. sem 2.

Pintu sisi Dewan EC.. remaja dah anak mama..


tasya masih comel & nakal sama seperti zaman kanak-kanak nya..


benarlah kata-kata.. anak no dua ni manja kan..


luas jugak dewan nya.. sesuai untuk joint majlis pihak lelaki dan perempuan


sedap makanan nya.. paling kakchik suka.. biskut semperit..

No comments:

Post a Comment