Sunday 28 February 2016

Rumah Rosak Teruk Selepas 7 Tahun Disewakan

Assalam.. muga hari ini lebih baik dari hari semalam yang penuh kegelapan..

Ini kisah 3 tahun yang lalu (tahun 2013).. keadaan rumah yang dhaif dan rosak teruk selepas hampir 7 tahun disewakan. Gambar ehsan dari adik kakchik yang tinggal bersebelahan taman rumah sewa kakchik ni.

Biarlah gambar berbicara..







berapa minggu tak cuci ni..






makk aii.. pengsan tengok..









Melalui adik kakchik.. tempoh sebulan telah diberi kepada penyewa untuk membaiki dan mengemas rumah.. Alhamdulillah penyewa bersetuju untuk keluar. Kakchik akan kongsikan rumah yang telah dibaik pulih nanti ye..

Friday 26 February 2016

Percutian anak sulung ke Eropah

Assalam.. muga riang bersama keluarga tercinta..

Baru-baru ni pada cuti sem 1.. anak sulung kakchik mengambil peluang melancong ke Eropah... bermula dari Prague, Germany, Switzerland dan Italy.





















seronoknya abang anil..






seputih salju..
























Sebenarnya bukan sahaja cerita pasal tempat2 menarik yang ingin kakchik kongsikan.. semasa di destinasi terakhir iaitu Italy.. anak kakchik dan groupnya telah disamun semasa dia sedang lena tidur di dalam tren perjalanan waktu malam. Beg sandang yang mengandungi passport dan camera yang terlepas dari pegangannya dengan mudah dikebas dan dilarikan..

Kakchik still bersyukur sebab dia terselamat dan membuat laporan yang sepatutnya untuk kembali ke tanah air.

Thursday 25 February 2016

Pokok getah di kampung sedia ditoreh

Assalam .. muga kalian dan seisi keluarga beroleh kesejahteraan juga ketenangan di dalam mengharungi kehidupan.

Kakchik kongsikan kisah 9 tahun yang lalu iaitu pada penghujung tahun 2007. Ketika itu kakchik berpantang anak ketiga di kampung, adik lelaki kakchik sibuk menanam anak pokok getah di kebun belakang rumah mak. Tak lah berapa luas anggaran dalam seekar. Menurut mak, modal membeli anak2 pokok getah tersebut hasil dari collection yang kakchik dan ateh berikan setiap bulan. Selang setahun lebih selepas pokok getah ditanam.. adik lelaki kakchik meninggal dunia (awal 2009). Muga rohnya dicucuri rahmat.

Ni ketika danial balik bercuti disebabkan pasportnya hilang

Boleh ke toreh camtu anil ..

Pokok getah yang mula dibuka carang (ni bahasa mak kat kg gunakan) iaitu tapak pertama untuk ditoreh. Entah siapa lah yang nak menoreh, harga getah pun jatuh teruk. Sementara ni mak kakchik yang menoreh selang sehari memandangkan ianya pokok muda. Ia sekadar exercise bagi mengeluarkan peluh katanya..

Sedih jer setiap kali melihat pokok getah di belakang rumah mak kakchik... teringat arwah adik.. Muga tenang di sana.

Tuesday 23 February 2016

Risya Best Perfume - Promosi

Assalam.. selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.. muga ibadah puasa kita diberkati olehNya. Aamiin

Promosi Perfume untuk raya..

Minima order untuk free postage : 1 botol 10 ml  (RM20) + 1  botol 30 ml (RM50)

Minat yang mendalam pada perfume menyebabkan kakchik berniaga secara kecil-kecilan. Sebenarnya sekitar tahun 2010/2011 kakchik telah pun menceburi perniagaan yang sama tetapi disebabkan produk tiruan, kakchik menghentikannya. Pada masa itu kakchik menjual reject perfume.. patutnya ori tapi sebaliknya.. pelanggan yang terdiri dari adik beradik telah memberi komen membina. Bayangkan dengan harga sekitar RM120 mereka mendapat barang tiruan dengan bau haruman yang tengekk.. 

Produk Best Perfume diinspirasikan dari haruman antarabangsa. Kakchik telah menjadi pengguna produk ini sejak 3 tahun yang lalu. Sepanjang 3 tahun mengguna produk Best Perfume, kakchik juga tercari-cari produk yang sama setiap kali ke tapak pesta convo sebelah area rumah kakchik, tapi sedihnya bila membeli dan menggunakannya kakchik rasa hampa..bau tidak kekal lama.  Perkara ini berlangsung beberapa kali sehingga kakchik tekad untuk menjual produk Best Perfume sekitar Johor Bahru secara COD dan boleh juga dihantar melalui khidmat poslaju ke seluruh semenanjung.

Bau haruman yang tahan lama melekat dapat menjimatkan wang anda. Wangian ini juga paling laris.. cubalah produk Best Perfume tanpa was was.. Terima kasih kepada semua pelanggan kakchik yang sedia ada terdiri dari adik beradik, rakan kerja, sahabat andai jauh dan dekat.. Tanpa anda.. siapalah kakchik dan Best Perfume (punch line ke ni.. kekeke)





best perfume
botol 10 ml yang mudah dibawa dalam hand beg dan botol 30 ml lebih menjimatkan..

Haruman kekal lama yang diyakini ramai.
Terdapat dalam botol 8.5ml, 10ml dan 30ml dengan harga yang murah.
Diinspirasikan daripada wangian antarabangsa dengan pelbagai pilihan citarasa hebat.
✔ 100% keluaran bumiputera.



best perfume
pelbagai pilihan haruman


best perfume




Ejen diperlukan.

Hubungi kami: 
☞ 013-723 7155/Sarimah 
☞ 019-715 4507/Anuar
Facebook: Risya Best Perfume