Monday 28 February 2022

HIKING SANTAI DI SIREH PARK

Assalam semua. Muga kalian ceria dan gembira di dalam menjalani kehidupan seharian.

Kakchik kongsikan kali ini hiking bersama keluarga. Aktiviti hiking santai pada hari Sabtu bertarikh 19.2.22 di Sireh Park berdekatan Bukit Indah, Johor Bahru. Ramai juga keluarga yang beriadah pada pagi itu.

Terdapat kumpulan remaja berbasikal dan terdapat laluan khas untuk mereka lalui. Laluan agak mencabar dengan tanah yang berselut juga berliku-liku menuruni bukit.

Kami mendaki dan menuruni beberapa bukit kecil yang agak curam. Ianya sesuai untuk tujuan sederhana lasak. Kami perlu berhati-hati apabila melalui lereng berbatu dan ada sedikit kawasan selut kesan air hujan semalam.






Muga dapat manfaat dan mengeratkan ikatan keluarga. Insya Allah akan mendaki lagi di tempat yang lain.

Saturday 26 February 2022

CROCHET ALAS MEJA KOPI BUJUR

Assalam semua. Muga hari ini lebih baik dari semalam dan hari yang bakal mendatang menjanjikan kebahagian buat kita semua. Aamiin.

Kakchik masih meneruskan hobi mengait lagi. Jadinya kali ini kakchik kongsikan tempahan alas meja kopi bersaiz 48 inci panjang x 33 inci lebar. Agak besar saiznya. Pilihan warna yang pelanggan pilih ialah gabungan putih dan coklat. Benang pula ialah poly.



Pelanggan memilih patern di atas untuk cover bahagian permukaan kaca meja yang retak. Beliau amat sayangkan meja antik tersebut jadinya beliau masih menyimpannya. Meja kopi yang cantik dari kayu jati dan harganya pun agak tinggi.



Seterusnya kakchik sedang menyiapkan alas sofa untuk pelanggan yang sama. Kali ini paduan 3 warna iaitu coklat, putih kuning dan putih. Harap kakchik dapat menyiapkan sebelum raya tahun ini. Insya Allah.

SI BONGSU VAKSIN DOS PERTAMA DI SEKOLAH

Assalam. Muga kalian berada di dalam keceriaan semasa menjalani aktiviti harian dan dilimpahkan kesihatan yang baik di musim virus Covid 19 yang semakin meningkat hari demi hari.

Kakchik kongsikan info anak bongsu yang berusia 12 tahun yang mendapatkan vaksin di PPV SKTU1. Serentak semua murid tahun 1-6 divaksin pada tarikh 24.2.22 iaitu hari Khamis.

Slot untuk si bongsu kakchik pada pukul 11.30 pagi. Masa ditetapkan agar lebih sistematik dan SOP berjalan lancar serta dapat mengelak dari perkumpulan murid terlalu ramai pada satu ketika tertentu sahaja.

Alhamdulillah segalanya dipermudahkan dan anak kakchik tidak mendapat sebarang masalah atau gangguan allergi selepas disuntik. Jadual berikutnya iaitu suntikan kedua pada 21.4.2022 iaitu selepas naik sekolah sessi tahun 2022.