Friday 30 September 2016

Pemergian Arwah Abah Genap Sebelas Tahun.. 30.9.2005

Assalam..  setiap insan yang hidup pasti akan mati..

Tanggal 30.9.2005 merupakan tarikh kakchik kehilangan orang yang dikasihi.. bersamaan dengan hari jumaat.. waktu zohor arwah abah menghempuskan nafas terakhir.. dalam ambulance yang menghantarnya pulang ke rumah setelah beliau bertekad untuk balik dan tidak mahu membuat pembedahan jantung seperti yang disaran oleh doktor. Beliau ingin berada di kediamannya sendiri. Cuma dua malam di hospital.. serangan jantung semasa menghantar kucingnya ke klinik haiwan di Jasin.

Photo kenangan semasa arwah abah melawat kami di rumah sewa kami 3 beradik - Setapak Jaya pada awal tahun 1995

Danial bersama arwah atuk pada raya tahun 1997

Danial diribaan arwah abah. Walaupun arwah abah nampak kasar.. tapi beliau suka melayan cucu-cucunya. Tak kenal penat dia mengagah cucu-cucu yang pulang ke kampung.. terkadang sampai menangis cucunya.. baru dia mengalah.


Arwah abah bersama si tasya yang asyik menangis setiap kali pulang ke kampung

"Geram betul abah dengan anak kau ni.. asik nangis jer.. tak mau dengan orang lain pulak" kata-kata arwah abah masih tergiang-giang di telinga kakchik. Memang anak kakchik ni suka menangis sejak lahir lagi.. arwah abah pun ada datang ke Hulu Klang melawat kakchik yang bersalin bersama mak dan anak saudara si zura yang baru berumur 5 tahun masa tu.. beberapa malam jugak dia tidur di rumah kakchik pada tahun 1998 tu..

Semuga arwah abah.. Mohamed Saat bin Ayub tenang di sana..Aamiin. Setiap kali lepas solat.. kakchik hadiahkan Al-Fatihah dan ayat-ayat suci buat abah..





Wednesday 28 September 2016

Gigi Oo Gigi..

Assalam.. Muga anda semua dan keluarga beroleh kesihatan yang baik.. aamiin

Kakchik sembang sikit pasal gigi ye.. pagi ni sambil bekerja kakchik mendengar celoteh dari radio panasejukfm.. Interview santai melalui telefon dengan selebriti agak panas.. Beberapa soalan yang ditanya tentang kerjaya lakonannya tidaklah menarik sangat untuk didengari di halwa telinga..
Sehinggalah pihak deejay bertanyakan tentang.. 3 ciri-ciri lelaki pilihannya.. memandangkan beliau baru membuka hatinya untuk menerima lelaki semula setelah bercerai sekian tempoh.. kakchik pun tidak berapa pasti tempoh masanya.. hehehe

Kakchik yang sama jantina pun beriya dan teruja nak dengar dan nak tau.. jawablah si rupawan itu.. 3 ciri lelaki pilihannya iaitu :

1) mesti yang mempunyai gigi yang tersusun elok, putih dan bersih.

2) mesti yang pembersih dan rajin.

3) mesti yg mendorong ke arah kebaikan.. membimbingnya.. to be a better person.

Kakchik sokong pendirian personaliti tersebut.. dalam hati kakchik terdetik jugak.. statement dia ni.. beri laluan business untuk klinik pergigian di luar sana. Untung besar doktor gigi dapat ramai customer nak buat pendakap gigi aka braces gamaknya nanti..

Teringat jugak kakchik.. peristiwa beberapa tahun dulu.. di sebuah klinik gigi swasta area skudai ni.. dapat ceramah free dari seorang doktor bukan Islam.. walaupun ia dituju untuk pesakit sebelum kakchik tapi still kata2 nya terlekat diminda.. Katanya.. "Tuhan bagi awak gigi percuma.. awak tak menjaganya.. kereta awak service dan maintain ikut tempoh.. patut awak jaga gigi sebagaimana awak jaga kereta.."

Terima kasih kepada yang sudi membaca blog kakchik yang tidak seberapa ini..







Wednesday 21 September 2016

Bekalan Air SAJ Rumah Sewa Kena Potong

Assalam.. muga hari-hari yang kita lalui lebih bermakna.. cuaca agak panas sekarang..so jaga makan dan jaga kesihatan.

Kakchik ingin kongsikan mengenai bekalan air rumah sewa yang dipotong. Penyewa pada masa itu ialah sekumpulan 3 orang nurse sebuah hospital swasta di area Medini, Nusajaya. Ketuanya baru seminggu memberikan notis untuk mereka keluar rumah pada hujung bulan June 2016.. tanpa memberitahu sebarang notis pemotongan bekalan yang biasanya dimaklum oleh SAJ kepada pengguna.. tempoh 14 hari diberi untuk menjelaskan bayaran yang tertunggak. Pada hari kejadian pemotongan iaitu 21.6.2016.. jiran sebelah rumah sewa yang call kakchik dan memaklumkan perkara tersebut.. dan selepas itu barulah penyewa pula yang memaklumkan ada masalah sedikit.. beliau mendakwa bil yang tertunggak ialah bil penyewa lama.. kononnya la..


Penyata pengguna diberi ketika pemotongan bekalan air

Kakchik meluangkan masa di pagi sabtu di bulan Ramadhan itu untuk mendapatkan penyata bagi tujuan pembayaran dan sambung semula. Oleh kerana pejabat SAJ tutup pada hari itu, keesokan harinya iaitu ahad 26.6.2016 kakchik telah ke SAJ Tmn Perindustrian Nusajaya 2 bagi urusan pembayaran. Mengikut penyata tersebut bil 1.3.16 mencatatkan penggunaan tertinggi iaitu RM 205.00 sehinggakan kakchik berfikir.. rajin betul adik2 nurse ni mandi... berkubang ke mereka?? Setelah diselidiki rupa-rupanya ada seorang yang bukan berbangsa melayu telah menumpangkan teman lelakinya mandi sementara rakan yang dua orang lagi bertugas... terlupa tutup paip kolam mandi dan kebetulan rakan-rakan lain shift bertugas sambung menyambung dan terus pulang ke kampung halaman kerana cuti hujung minggu.

Jumlah yang perlu dibayar ialah RM303.38 termasuk kos pemotongan dan penyambungan semula.

Nilai yang tertunggak di penyata  -  RM229.18
Tambah : caj pemotongan             -  RM  37.10
Tambah : caj sambung semula     -  RM  37.10
                                                             -----------------
Jumlah                                             -  RM303.38
                                                            =========
 
  
Bil pelbagai - caj sambung penguatkuasa termasuk GST RM37.10
Abaikan nota tangan oleh pegawai bertugas.. info darinya mengelirukan. Setelah mendapat bil air terbaru selepas bayaran pemotongan iaitu bil tempoh dari 1.7.16 - 1.8.16 barulah kakchik faham.. kat bil tertera jumlah bayaran sebanyak RM266.30 pada 26.6.16 walaupun jumlah sebenar yang kakchik telah bayar ialah RM303.38 kerana beza RM37.10 iaitu caj sambung penguatkuasa telah keluar di bil pelbagai. Yang mengelirukan kerana pegawai bertugas menyatakan bahawa ada lagi caj RM37.10 yang perlu dibayar pada bil terkini.. hehe.. pening kakchik nak fahamkan.. aptb

bil 1.7.16 - 1.8.16