Monday 30 September 2019

Tasya 21 Tahun @ 17.9.2019

Assalam.. muga kalian sentiasa berada di dalam ketenangan walau di mana jua berada. 

Tahun ini usia Kak Tasya genap 21 tahun. Walaupun mama tidak dapat menyambut hari ulang tahun kelahiran Sya, mama sentiasa mendoakan agar Tasya menjadi anak yang solehah dan cemerlang di dalam pengajian untuk mencapai cita-cita. Mama juga mendoakan agar Sya bertemu jodoh dengan insan dari keluarga yang soleh juga solehah, aamiin. 

Rakan-rakan sebilik


Ni rakan-rakan yang sama course sejak dari Kuala Pilah

Tasya Sambung Belajar di UiTM Shah Alam

Assalam.. muga kalian beroleh kesejahteraan, sentiasa ceria dan positif untuk melalui hari yang mendatang. 

Kakchik kongsikan kisah pendaftaran anak kedua ke program Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan di UiTM Shah Alam. Setelah menamatkan pengajian peringkat diplomanya di UiTM Kuala Pilah di dalam bidang yang sama beliau memohon di dalam talian untuk program penerapan iaitu pelajar dari universiti yang sama yang menyambung jurusan yang sama. Jadinya course dapat dipendekkan menjadi 2 tahun sahaja.

Pada 1.9.2019 iaitu hari ahad kami ke Shah Alam untuk mendaftar di Kolej Melati. Puteri kakchik menunggu rakan-rakan dari cawangan yang sama semasa di peringkat diploma untuk tinggal di bilik berempat. Alhamdulillah selesai urusan pendaftaran, muga Kak Tasya selesa untuk belajar dan terus cemerlang. Insya Allah.



Saturday 14 September 2019

Raya Haji 2019

Assalam... muga kalian beroleh kesejahteraan dan sentiasa di bawah lindungan Nya. 

Kami memutuskan untuk menyambut aidil adha di kampung pada tahun ini, jadinya sehari sebelum hari raya kami pun pulang untuk membuat persiapan menganyam ketupat daun kelapa. Terima kasih Along Azizah yang tolong sediakan daunnya.

Malamnya kami merebus ketupat dan memasak rendang daging serta beberapa juadah lagi.


Berkunjung ke rumah kak uda di Kg Tersusun Lipat Kajang


Keluarga along dan kakngah yang berkesempatan melawat mak


Baru sampai di kampung, hari mantai




Kami sekeluarga menunaikan solat sunat Aidil Adha di Surau Kg Pondok Batang dengan berimamkan Abang Long Ahmad. Merdu dan syahdu suara bacaan ayat-ayat juga doa beliau.

Acara seterusnya ialah korban. Pakcik korbankan kambing peliharaannya pada tahun ini dan daging korban bahagian beliau dimasak untuk juadah kariah kampung di surau.