Tuesday 26 April 2016

Beranda Idaman Hati Mak Kakchik..

Assalam.. muga hari-hari mendatang menjanjikan kebahagiaan buat kita semua..

Cerita pasal beranda rumah kampung kakchik.. tempat kakchik dilahirkan dan dibesarkan. Asalnya rumah papan.. tetapi telah di upgrade pada tahun 1994.


Photo di atas ialah rumah yang telah di upgrade.. baru-baru ni.. mak kakchik telah menyuarakan hasratnya untuk membuat beranda yang bertembokkan batu ala2 botol tu.. ni famous dedulu la.. Maka adik kakchik yang mesra dengan panggilan ateh pun menunaikan hajat mak tu.. Terima kasih ye ateh.. besar pahalanya kerana menunaikan hajat mak..

Setelah memanggil beberapa kontraktor (kat kg. panggil "tukang") mengukur.. dan mendapat sebut harga yang berpatutan.. maka kerja dimulai dengan meratakan lantai kiri dan kanan beranda lama untuk dijadikan satu. Selepas itu dinaikkan bata beberapa inci sebelum diletakkan tiang2 botol.

kerja pembinaan sedang dijalankan


begini rupanya setelah siap kerja pemasangan tembok botol


pandangan hadapan..


kerja tiling sedang dilakukan


melengkapkan kerja tiling


kerja tiling hampir siap


siap pun pasang tiles..


selepas dicat



Alhamdulillah kemas sungguh kerja kontraktor tersebut. Warna cat pun pilihan mak.. berseri-seri dah rumah mak di kampung. Tercapailah impian mak yang mahukan cucu-cucu berehat dan duduk diatas beranda barunya. Muga mak dipanjangkan umur. Aamiin

4 comments:

  1. Wau.... menarik tertarik.. kebabom... kikiki

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... Bertambah cantik dah rumah kakak ku dan semuga bertambahlah rezeki anak-anak yang bermurah hati membantu ibunya. Syabas buat ida n kak cik sarimah..

    ReplyDelete