Sunday, 17 April 2016

Pengalaman Si Bongsu terkena Bell's palsy

Assalam..
Pengalaman ini kakchik laluinya dua tahun yang lepas.. bulan Mac 2014.. ketika si bungsu berusia 4 tahun.. pada hari kejadian kakchik balik kerja agak lewat dari biasa iaitu hampir maghrib, kebiasaannya habis waktu pejabat pukul 5.30 terus keluar sebab kena ambil anak-anak di taska. Kesian anak-anak keletihan bermain sambil menunggu mamanya pulang. Seperti biasa si bongsu akan menyanyi semua lagu-lagu yang dipelajari di tadikanya.. almaklum baru masuk alam persekolahan. Sambil memandu balik ke rumah kami.. kakchik turut nyanyi sama.. mana yang tau jela.. bila berhenti di lampu merah.. kakchik pun pusing sedikit untuk mencium pipi si bongsu. Terkejut kakchik melihat mukanya yang agak senget bila menyanyi.. berdebar-debar hati kakchik.. apakah itu??


Setiba di rumah.. beberapa soalan kakchik ajukan padanya dan si abang yang telah bersekolah tahun satu.. mengikut kata si bongsu dan si abang.. si bongsu tidur petang tu.. ikut jadual taska seperti biasa, bangun jer rasa sakit sedikit di bahagian pipi kanan nya.. Dalam keadaan susah hati kakchik solat dahulu.. doa semuga segalanya dipermudahkan sementara menunggu suami pulang. Agak lewat jugak suami kakchik pulang.. kerja luar kawasan. Si bongsu tidak berselera makan dan tidur agak awal. Kami mengambil keputusan untuk membawanya ke klinik berdekatan.. KK Taman Universiti  terlebih dahulu pada keesokan harinya.. dengar dulu apa ulasan doktor.

Sibongsu ke sekolah agak lewat selepas rawatan doktor.. masa mengambil nombor giliran dan di tanya anak kakchik sakit apa.. kakchik cuma cakap sakit muka sahaja.. Doktor yang merawat membuat beberapa ujian ke atas si bongsu.. akhirnya dia klasifikasikan sebagai Bell's palsy.. first time kakchik dengar perkataan tu.. dalam hati.. nanti ku google untuk tau lebih lanjut. Doktor tersebut menerangkan serba sedikit berkenaan sakit yang dihidapi oleh si bongsu dan memberi surat rujukan ke pakar kanak2. Selepas menyarankan agar si bongsu minum menggunakan straw dan makan disuap buat sementara ini.. doktor juga menyarankan agar dipakaikan ray-ban untuk menahan cahaya yang masuk ke mata kanannya yang tidak boleh berkerdip. doktor mengarahkan kami berjumpa fisio yang berada di tingkat satu. 


Pegawai fisio mengajar cara untuk membuat sedikit exercise muka dengan menggunakan kiub ais yang tidak tajam dan dibalut dengan tuala kecil.. kemudian digosok dengan ringan dan laju secara sehala dari bawah muka bahagian kanan menghala ke atas.. berulang-ulang kali setiap pagi, tengahari dan malam sebelum tidur. Terdapat juga senaman muka yang perlu dilatih.. seberapa kerap yang larat.. seperti mengangkat kening, mengerut kening, tutup & buka mata, mengerut hidung, senyum, senyum lebar, mengerut dagu, memek muka sedih, buka & tutup mulut, jelir lidah dan tiup angin.


Ini senaman bergambar supaya mudah anak kakchik contohi

Kakchik menerangkan kepada guru kelas si bongsu dan kemudian kepada cikgu asuhannya di taska tentang penyakit yang sedang dihidapinya. Kemudiannya kakchik membuat temujanji untuk berjumpa doktor pakar. Sebelum tarikh temujanji sampai.. kakchik membawa sibongsu untuk jalani fisio setiap petang dengan harapan agar cepat sembuh.  Photo di bawah menunjukkan saraf muka kanan pesakit yang terkena bell's palsy.





Apakah maksud bell's palsy? Ianya nama penyakit yang menyerang saraf wajah ke 7.. sehingga menyebabkan kelumpuhan pada otot wajah di salah satu sisi. Kelumpuhan hanya terjadi di satu wajah yang terkena. Ini yang membezakannya dengan stroke. Adakah bell's palsy sakit? Ianya tidak sakit tetapi kita sendiri akan merasa kesukaran untuk tidur, susah untuk makan, susah untuk kerdip2kan mata.. Tanda2 nya seperti susah menggerakkan otot wajah di bahagian yang diserang, seperti mata tidak boleh ditutup, tidak boleh meniup dan sebagainya. Penyebab kelumpuhan ini masih menjadi perdebatan. Beberapa ahli menyatakan penyebabnya adalah kerana angin sejuk di salah satu sisi wajah secara terus menerus, ada juga yang menyatakan hal itu disebabkan oleh virus herpes yang menetap ditubuh dan aktif kembali kerana trauma, faktor lingkungan, stres dan lain-lain. 


Photo di atas menunjukkan seseorang yang terkena bell's palsy sebelah kanan, hanya gerakan muka kiri sahaja yang boleh dilihat.. gerakan semuanya terherot ke kiri muka pesakit. Ramai orang yang tidak tau dan membuat anggapan bahawa muka kiri pesakit yang mengalami masalah. Photo di sebelahnya ialah sesudah sembuh dan pesakit boleh tersenyum normal. 

Sebahagian penderita boleh sembuh tanpa perubatan, tetapi disarankan untuk menjalani terapi dari perubatan agar segera sembuh. Bell's palsy diambil dari nama Sir Charles Bell, doktor dari abad 19 yang pertama menggambarkan keadaan ini dan menghubungkan dengan kelainan pada saraf wajah. Walaupun namanya unik.. penyakit ini akan mengganggu fungsi pada wajah penghidapnya.

Simptom atau gejala Bell's palsy: 

- muka menjadi senget
- mata & kening mereka kelihatan terjatuh atau condong ke bawah
- tiada air mata pada bahagian wajah yang diserang Bell's palsy
- garisan pada pipi akan jatuh
- sukar mengawal pengeluaran air liur
- kesan telinga berdesing atau berdengung yang dikenali sebagai tinnitus
- bahagian depan lidah terasa kebas
- sukar meniup dan menghembus
- sakit telinga atau ada inflamasi (keradangan) di dalam telinga.



Syukur alhamdulillah anak bongsu kakchik telah sembuh sepenuh nya setelah beberapa kali berjumpa doktor pakar dan fisio yang dibuat mengikut jadual. Puas juga kakchik memujuk setiap kali fisio yang perlu melekapkan wire ke seluruh pipi kanannya.

P/S: Ibubapa perlu alert dengan setiap perubahan anak2.. jangan sampai terlewat..    
Semuga Allah sentiasa melindungi kita.. Hidupku.. Matiku.. hanya kerana Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment