Sunday 31 December 2023

Hasil Crochet Penghujung 2023

Assalam sahabat semua. Muga kita sentiasa ceria di dalam apa jua bidang yang kita ceburi dan lalui kehidupan dengan ketenangan.

Crochet menjadi hobi kakchik di ketika waktu terluang. Ianya merupakan terapi minda dan bagaikan satu kepuasan bila dapat menyiapkan sesuatu projek. Alhamdulillah beberapa projek akhir tahun telah disiapkan.








Hasil Tanaman Labu Kuning di Kebuniti Flora

Assalam sahabat. Muga hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari yang bakal mendatang menjanjikan kebahagian buat kita semua. Aamiin🤲

Sebagai langkah sihat dan pemupukan aktiviti bersama kejiranan setempat maka kebuniti diwujudkan untuk memberi peluang masyarakat bercucuk tanam sayur-sayuran. Ianya juga dapat membantu penjimatan duit belanja dapur kerana beberapa jenis sayuran juga herba dapat dituai hasilnya bersama.

Kakchik berpeluang turut serta di Kebuniti Flora dengan menanam labu kuning dan sayur kangkung. Seronok bertemu jiran secara mingguan dan berbagi ilmu mengenai tanaman bermula dari jenis tanah, biji benih dan baja. Kadang-kadang kami bergotong royong di pagi Jumaat untuk menanam serai, membersihkan tapak tanaman atau menyemai benih hidroponik. Kami juga bersarapan bersama dan mengutip hasil tanaman untuk jualan setempat. Syukur alhamdulillah.

Labu yang kakchik tanam sekitar bulan Ogos, 2023 telah mengeluarkan buah dan dapat dijadikan sajian lauk masak lemak. Manis dan enak sekali masakan labu segar dari kebuniti.















Saturday 30 December 2023

Birthday Mak Kakchik Yang Ke 80 Tahun

Assalam sahabat. Muga kalian sihat sejahtera bersama keluarga tersayang.

Syukur alhamdulillah Allah pinjamkan insan tersayang untuk menjadi tempat kami berkasih sayang. Kakchik kongsikan majlis doa selamat secara sederhana sempena ulangtahun kelahiran mak pada hari Ahad 19.11.2023 yang lalu. Abang Long sebagai imam mengetuai bacaan doa selamat untuk mak. Kami doakan agar mak dipanjangkan umur yang berkat dan dikurniakan kesihatan yang baik. Aamiin🤲

Kaklong, kakngah dan kak uda membawa juadah potluck dari rumah masing-masing. Kakchik yang pulang bermalam di kampung turut memasak nasi lemak bersama ayam pandan goreng serta popia sayur sebagai pencuci mulut.

Terima kasih kakak-kakak yang sporting dan masakan yang enak serta lazat.



Sayang mak dan adik beradik dunia akhirat.