Thursday 31 October 2019

Kerjaya Pertama Abang Danial

Assalam.. muga kalian sihat dan ceria selalu di dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar kini.

Setiap yang bergelar pelajar lumrahnya akan mencari peluang pekerjaan setelah tamat ilmu yang dituntut dan setelah menggenggam segulung sijil. Begitulah juga dengan anakanda sulung kakchik, beliau terus menghantar resume ke beberapa buah syarikat sekembalinya pada bulan Ogos yang lalu. Sebagai graduan bidang marin dan naval architecture agak sukar untuk mendapat tempat bagi menimba pengalaman, lebih-lebih lagi di ketika ekonomi sedang merudum ini. Pengajian selama 4 tahun hanyalah teori semata-mata, ianya tidak lengkap tanpa pekerjaan yang sebenar di pelantar atau kapal di tengah lautan luas.

Jadinya pekerjaan pertama amat penting sebagai platform untuk mengutip pengalaman di bidang tersebut kerana kerjanya berisiko tinggi. Tiada istilah cuba-cuba kerana segalanya melibatkan kos dan nyawa. Pengalaman dan latihan amat diperlukan bagi mencurah ilmu-ilmu teori beliau. Andainya pekerjaan pertama yang di pilih lari dari bidang maka sukarlah untuknya memulakan "langkah pertama" nanti. 

Syukur alhamdulillah setelah melalui beberapa sesi temuduga, anak kakchik ditawarkan bekerja sebagai Marine Surveyor cum Lecturer di sebuah syarikat konsultan yang juga mengendalikan kolej maritime. Skop kerjanya ialah 70% sebagai marine konsultan yang memerlukan beliau menjalani latihan di kapal-kapal dan lagi 30% sebagai pensyarah kepada pelajar peringkat diploma di bawah NMIT. Banyak urusannya membabitkan Jabatan Laut,  maka tidak sia-sia beliau membuat intern di sana semasa cuti semester tahun lepas. 

Inilah appoinment letter beliau

Tahniah Danial! Muga berkhidmat dengan penuh dedikasi dan cemerlang untuk mengutip pengalaman yang sangat berharga. Tempoh percubaan yang diberikan ialah selama 3 bulan. Syarikat juga amat menggalakkan para pekerja menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi. Mama sentiasa doakan muga anil berjaya dunia dan akhirat.. amiin. 

Hari Lahir Aidil ke 12 Tahun @ 22.10.2019

Assalam.. muga kalian gembira di samping keluarga tersayang. Bersyukur dengan nikmat Nya yang sentiasa mengalir bak air sungai di pergunungan.

Setiap tahun usia kita semakin bertambah, dari bayi ke peringkat kanak-kanak dan menuju ke alam remaja sebelum dewasa. Tanggal 22.10.2019 genaplah anak bujang bongsu kakchik berusia 12 tahun. Semuga menjadi anak yang soleh dan penyejuk mata juga hati mama dan papa.

Sebagai meraikan hari lahir Aidil, sedikit makanan telah hubby kakchik order dan sebiji kek juga dibeli untuk hidangan selepas solat maghrib berjamaah. Rumah merupakan tempat paling selesa kerana tarikh tersebut jatuh pada hari bekerja dan cuaca yang hujan setiap petang menyebabkan jalanraya sesak teruk. 

Happy birthday Aidil..

Melangkah ke alam remaja, cepatnya membesar

kek coklat black forest pilihannya ..

Latarbelakang deco dibuat oleh adik Risya..

Kek pemberian peminat Aidil di sekolah,  tertinggal sehari di sekolah.. menumpang peti ais guru

Alhamdulillah syukur kepada Nya yang memberi anugerah zuriat sebagai tanda kasih sayang kakchik dan suami. Setiap anak-anak punya keistimewaan dan kekurangan yang perlu diberikan perhatian yang sewajarnya. Muga Aidil terus berusaha untuk mendaki tangga kejayaan. 

Saturday 26 October 2019

Gigi Taring Kekal Aidil Masih Belum Tumbuh

Assalam... muga hari demi hari yang kalian lalui sentiasa di dalam keceriaan dan di bawah payung lindungan Nya yang Esa.

Kakchik kongsikan masalah gigi taring kekal sibujang kecil yang masih belum tumbuh dari umurnya 10 tahun lagi. X ray pertama telah diambil ketika itu, hasil dari film x ray doktor menjelaskan bahawa gigi beliau sedang menanti untuk tumbuh dan diberi tempoh hingga beliau berumur 12 tahun. Jadinya pada bulan ini genaplah umur si Aidil 12 tahun. Sejak cuti sekolah bulan September lagi kakchik telah membawanya berjumpa doktor gigi di Klinik Kesihatan Taman Universiti memandangkan geraham kecil sebelah tapak gigi taring pun sudah menjulur keluar.

Sekali lagi doktor menyarankan agar x ray di ambil iaitu OPG dental x ray bagi memastikan kedudukan keseluruhan gigi Aidil. Hasil dari OPG x ray tersebut, doktor kata gigi taring Aidil masih lagi menunggu untuk tumbuh keluar dan kali ini doktor gigi di Klinik Kesihatan Taman Universiti akan merujuk kepada doktor pakar di JB. Melalui panggilan telefon doktor memberitahu kakchik doktor pakar sarankan agar memberi tempoh lagi 6 bulan kepada gigi taring si Aidil untuk tumbuh keluar. Selepas tempoh 6 bulan tersebut nanti baru doktor pakar akan ambil tindakan seterusnya samada gigi tersebut telah keluar atau tidak lagi. Kelewatan disebabkan ruang yang tidak mencukupi dan selepas tempoh 6 bulan nanti rawatan ikat gigi juga perlu.

Inilah rupa OPG x ray gigi Aidil

Ni rajah kedudukan gigi susu dan gigi kekal

Jadual pertumbuhan gigi susu


Jadual pertumbuhan gigi kekal

Photo terbaru Aidil, gigi kapak yang agak besar