Saturday 26 October 2019

Gigi Taring Kekal Aidil Masih Belum Tumbuh

Assalam... muga hari demi hari yang kalian lalui sentiasa di dalam keceriaan dan di bawah payung lindungan Nya yang Esa.

Kakchik kongsikan masalah gigi taring kekal sibujang kecil yang masih belum tumbuh dari umurnya 10 tahun lagi. X ray pertama telah diambil ketika itu, hasil dari film x ray doktor menjelaskan bahawa gigi beliau sedang menanti untuk tumbuh dan diberi tempoh hingga beliau berumur 12 tahun. Jadinya pada bulan ini genaplah umur si Aidil 12 tahun. Sejak cuti sekolah bulan September lagi kakchik telah membawanya berjumpa doktor gigi di Klinik Kesihatan Taman Universiti memandangkan geraham kecil sebelah tapak gigi taring pun sudah menjulur keluar.

Sekali lagi doktor menyarankan agar x ray di ambil iaitu OPG dental x ray bagi memastikan kedudukan keseluruhan gigi Aidil. Hasil dari OPG x ray tersebut, doktor kata gigi taring Aidil masih lagi menunggu untuk tumbuh keluar dan kali ini doktor gigi di Klinik Kesihatan Taman Universiti akan merujuk kepada doktor pakar di JB. Melalui panggilan telefon doktor memberitahu kakchik doktor pakar sarankan agar memberi tempoh lagi 6 bulan kepada gigi taring si Aidil untuk tumbuh keluar. Selepas tempoh 6 bulan tersebut nanti baru doktor pakar akan ambil tindakan seterusnya samada gigi tersebut telah keluar atau tidak lagi. Kelewatan disebabkan ruang yang tidak mencukupi dan selepas tempoh 6 bulan nanti rawatan ikat gigi juga perlu.

Inilah rupa OPG x ray gigi Aidil

Ni rajah kedudukan gigi susu dan gigi kekal

Jadual pertumbuhan gigi susu


Jadual pertumbuhan gigi kekal

Photo terbaru Aidil, gigi kapak yang agak besar

No comments:

Post a Comment