Thursday 31 October 2019

Kerjaya Pertama Abang Danial

Assalam.. muga kalian sihat dan ceria selalu di dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar kini.

Setiap yang bergelar pelajar lumrahnya akan mencari peluang pekerjaan setelah tamat ilmu yang dituntut dan setelah menggenggam segulung sijil. Begitulah juga dengan anakanda sulung kakchik, beliau terus menghantar resume ke beberapa buah syarikat sekembalinya pada bulan Ogos yang lalu. Sebagai graduan bidang marin dan naval architecture agak sukar untuk mendapat tempat bagi menimba pengalaman, lebih-lebih lagi di ketika ekonomi sedang merudum ini. Pengajian selama 4 tahun hanyalah teori semata-mata, ianya tidak lengkap tanpa pekerjaan yang sebenar di pelantar atau kapal di tengah lautan luas.

Jadinya pekerjaan pertama amat penting sebagai platform untuk mengutip pengalaman di bidang tersebut kerana kerjanya berisiko tinggi. Tiada istilah cuba-cuba kerana segalanya melibatkan kos dan nyawa. Pengalaman dan latihan amat diperlukan bagi mencurah ilmu-ilmu teori beliau. Andainya pekerjaan pertama yang di pilih lari dari bidang maka sukarlah untuknya memulakan "langkah pertama" nanti. 

Syukur alhamdulillah setelah melalui beberapa sesi temuduga, anak kakchik ditawarkan bekerja sebagai Marine Surveyor cum Lecturer di sebuah syarikat konsultan yang juga mengendalikan kolej maritime. Skop kerjanya ialah 70% sebagai marine konsultan yang memerlukan beliau menjalani latihan di kapal-kapal dan lagi 30% sebagai pensyarah kepada pelajar peringkat diploma di bawah NMIT. Banyak urusannya membabitkan Jabatan Laut,  maka tidak sia-sia beliau membuat intern di sana semasa cuti semester tahun lepas. 

Inilah appoinment letter beliau

Tahniah Danial! Muga berkhidmat dengan penuh dedikasi dan cemerlang untuk mengutip pengalaman yang sangat berharga. Tempoh percubaan yang diberikan ialah selama 3 bulan. Syarikat juga amat menggalakkan para pekerja menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi. Mama sentiasa doakan muga anil berjaya dunia dan akhirat.. amiin. 

No comments:

Post a Comment