Assalam.. muga kalian beroleh kesejahteraan dan di bawah lindungan Nya.. jaga diri di musim banjir ni ye. Selamat tahun baru 2018.
Kakchik kongsikan resepi sambal telur pecah yang kakchik dapat dari sahabat baik yang bernama Puan Maimunah binti Saba.. terima kasih amai.. selama ni yang kakchik buat asyik jadi telur hancur jer. Sambal ini sedap dimakan bersama nasi panas dan sup sayur atau sayur masak lemak putih.
RESEPI SAMBAL TELUR PECAH SPECIAL
Bahan-bahan :
- 4 biji telur
- 1 biji bawang besar - dihiris nipis
- 8 sudu besar cili kisar
- 4 biji bawang merah - ditumbuk
- 2 ulas bawang putih - ditumbuk
- minyak untuk menumis
- air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
Cara-caranya :
1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar, biar sehingga cili agak garing dan pecah minyak serta wangi baunya.
3. Kemudian masukkan hirisan bawang besar.
4. Masukkan pula air asam jawa dan juga perasakan garam dan gula ikut citarasa. Kacau bagi mesra.
5. Sederhanakan api, pecahkan telur di antara sambal-sambal tersebut.
6. Biar sehingga telur masak. Siap untuk dimakan.

selepas masuk hirisan bawang.. |
No comments:
Post a Comment