Thursday 30 November 2023

Cameron Highland Rides 13~15 Okt. 2023

Assalam. Muga kehidupan kita dapat dimanfaatkan buat insan yang lain. 

Kakchik kongsikan kisah perjalanan berpasangan "couple rides" dengan bermotorsikal group sekolah menengah suami kakchik serta sahabatnya. Destinasi kali ini ialah tanah tinggi Cameron Highland, Pahang. Tentative program telah disediakan oleh pihak ajk dan bayaran juga telah ditetapkan kepada semua peserta.

Bagi peserta dari kawasan selatan kami memulakan ride selepas maghrib hari khamis 12.10.23 menuju ke Seremban dan menginap di rumah sahabat. Terima kasih tuan rumah yang sudi melayan kami. Awal paginya kami berkumpul dengan peserta Lembah Klang untuk bersarapan di sekitar Seremban juga sebelum meneruskan tunggangan menuju ke CH.

Alhamdulillah cuaca amat cantik dengan sinaran cahaya matahari dan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Kami berhenti untuk makan tengahari dan juga solat di tengah perjalanan. 

Agak lewat petang kami sampai ke CH dan menginap di Kea Farm selama 2 malam. Hujan renyai yang turun menjadikan suhu agak rendah dan sejuk. Kami berehat selepas makan malam bersama. Perjalanan yang agak jauh bercampur cuaca sejuk menjadikan kami keletihan.





















Day 2 ~ 14.10.23 (Sabtu)

Hiking ke Mossy Forest menggunakan truk. Membeli cenderamata dan makan tengahari. Petangnya aktiviti bebas.


















































Day 3 ~ 15.10.23 (Ahad)

Selepas subuh kami bersiap untuk check out dan memulakan perjalanan. Sarapan pagi di tengah perjalanan dan singgah juga di Menara Condong untuk berfoto.

Makan tengahari di Sekinchan sebelum kami bersurai menuju ke destinasi rumah masing-masing.