Thursday 30 November 2023

Aidil Buka Braces

Assalam. Muga hari ini lebih indah dan baik dari hari semalam.

Sejak pertengahan tahun 2020 anak kakchik Si Aidil telah memasang braces under Klinik Pergigian Taman Universiti. Setelah genap tempoh 3 tahun iaitu selepas Raya Qurban yang lalu, pihak doktor pakar memberitahu kakchik  bahawa braces Aidil akan  dibuka pada pertemuan berikutnya. Gigi taring yang bermasalah telah keluar dan semua gigi juga telah beralih pada kedudukan yang betul.

Acuan gigi Aidil diambil bagi membolehkan retainer dibuat. Selepas braces dibuka, retainer perlu dipakai sepenuhnya di dalam tempoh sebulan. Ianya hanya perlu dibuka ketika beliau makan sahaja. Tempoh ini sangat penting dan memerlukan tingkat disiplin yang tinggi. Jika leka dan selalu terlupa memakainya maka kedudukan gigi mudah beralih dan perlu menukar retainer yang baru pula.

Setelah tamat tempoh sebulan doktor meneliti kedudukan gigi Aidil dan mengesyorkan agar retainer hanya perlu dipakai pada waktu malam sahaja atau bersamaan dengan tempoh 10 jam. Appoinment seterusnya di dalam tempoh 11 bulan lagi. Sekiranya ada masalah gigi, boleh terus berjumpa unit pergigian untuk urusan cucian dan lain-lain.

Alhamdulillah Aidil sentiasa disiplin di dalam mematuhi tempoh pemakaian retainer. Muga giginya kekal sihat. In sha Allah🤲

No comments:

Post a Comment