Monday 31 October 2022

Kursus Pengurusan Jenazah di Surau Flora

Assalam.. muga hari ini lebih baik dari hari semalam, dan hari mendatang menjanjikan kebahagiaan buat semua.

Tanggal 24hb September, 2022 bersamaan dengan hari Sabtu telah diadakan Program Pengurusan Jenazah dari pukul 8.30 pg - 1.00 tghari. Kursus dikendalikan oleh Ustazah Dr. Naemah Hamzah dari Pusat Islam, UTM. Syukur alhamdulillah program mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran 80 orang peserta.

Program dimulakan dengan pendaftaran & bayaran sebanyak RM25 sebagai bayaran modul juga makanan pagi dan tengahari. Ustazah mulai dengan menjelaskan tentang amalan ketika sakit dan adab menziarahi orang sakit. Seterusnya amalan ketika nazak, amalan ketika keluar roh dan persiapan memandikan jenazah.

Slot seterusnya selepas berhenti sarapan ialah praktikal memandikan jenazah, kafan dan solat jenazah. Proses terakhir ialah pengkebumian sebelum program tamat dengan penyampaian sijil penyertaan setiap peserta dan sessi berfoto kumpulan. 

Muga setiap peserta dapat menyerap ilmu yang telah dikongsi oleh ustazah dan dapat praktikkan jika ada ahli keluarga yang meninggal dunia. Insha Allah🤲











Adik Angkat Berkunjung ke JB

Assalam.. muga hari-hari yang kalian lalui penuh dengan ketenangan dan dikurniakan kesihatan yang baik. Aamiin🤲🤲

Tanggal 24.9.2022 bersamaan dengan hari Sabtu adik angkat kakchik dari zaman persekolahan di Sharodz telah mengunjungi kami di Johor Bahru. Terharu dan gembira berbaur rasa kerana beliau sudi datang untuk perkenalkan suaminya iaitu En Azman seorang Pensyarah di Kolej Matrikulasi Tangkak, Johor.

Kakchik tidak dapat ke majlis pernikahan mereka pada musim PKP yang lalu kerana halangan rentas negeri. Syukur alhamdulillah setelah hampir 10 tahun hidup sendiri sejak dari pemergian arwah suami beliau, akhirnya Mayzatul Azna bertemu jodoh. Tahniah👏👏











Setelah menjamu selera di rumah dan solat zohor kami cuba untuk ambil angin luar dan singgah di Stadium Sultan Ibrahim untuk abadikan sedikit kenangan.

Seterusnya kami bersiar-siar ke Puteri Harbour dan minum petang di sebuah restoran halal yang agak mewah di situ. Kebanyakan restoran non halal di sana dengan pengunjung dari luar negara.

Terima kasih banyak May belanja minum petang iaitu lempeng cicah sambal yang enak. Sebelum maghrib May sekeluarga berangkat pulang ke quarters suaminya di Tangkak. Mereka pasangan jarak jauh, pada hari bekerja May di Nilai kerana bertugas di PPD N9. Muga Allah kurniakan kesihatan yang baik dan bertambah rezeki buat May sekeluarga. Jika diizinkan kita akan bertemu lagi. Insha Allah.

Sunday 30 October 2022

Birthday Tasya ke 24

Assalam.. muga kalian semua sentiasa di bawah lindungan Allah s.w.t 

Malam tanggal 17hb September, 2022 kami bermalam di Tamarind Cyberjaya selepas majlis Danial & Atirah di Bandar Puteri dan merupakan hari ulangtahun kelahiran Kak Tasya yang ke 24.

Kami sekeluarga berlima beranak meraikan dengan makan malam bersama di salah sebuah restoran shell out sekitar Sepang berhampiran area litar. Boleh tahan enak makanan yang dihidangkan.. alhamdulillah🤲🤲

Muga Kak Tasya dipanjangkan umur yang berkat, dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat menamatkan pengajian semester akhir dengan jaya. Aamiin🤲🤲






Mama juga doakan Kak Tasya bertemu jodoh dengan jejaka yang beriman, soleh dan bertanggungjawab. Mama sayang Kak Tasya😘