Monday, 31 October 2022

Adik Angkat Berkunjung ke JB

Assalam.. muga hari-hari yang kalian lalui penuh dengan ketenangan dan dikurniakan kesihatan yang baik. Aamiin🤲🤲

Tanggal 24.9.2022 bersamaan dengan hari Sabtu adik angkat kakchik dari zaman persekolahan di Sharodz telah mengunjungi kami di Johor Bahru. Terharu dan gembira berbaur rasa kerana beliau sudi datang untuk perkenalkan suaminya iaitu En Azman seorang Pensyarah di Kolej Matrikulasi Tangkak, Johor.

Kakchik tidak dapat ke majlis pernikahan mereka pada musim PKP yang lalu kerana halangan rentas negeri. Syukur alhamdulillah setelah hampir 10 tahun hidup sendiri sejak dari pemergian arwah suami beliau, akhirnya Mayzatul Azna bertemu jodoh. Tahniah👏👏











Setelah menjamu selera di rumah dan solat zohor kami cuba untuk ambil angin luar dan singgah di Stadium Sultan Ibrahim untuk abadikan sedikit kenangan.

Seterusnya kami bersiar-siar ke Puteri Harbour dan minum petang di sebuah restoran halal yang agak mewah di situ. Kebanyakan restoran non halal di sana dengan pengunjung dari luar negara.

Terima kasih banyak May belanja minum petang iaitu lempeng cicah sambal yang enak. Sebelum maghrib May sekeluarga berangkat pulang ke quarters suaminya di Tangkak. Mereka pasangan jarak jauh, pada hari bekerja May di Nilai kerana bertugas di PPD N9. Muga Allah kurniakan kesihatan yang baik dan bertambah rezeki buat May sekeluarga. Jika diizinkan kita akan bertemu lagi. Insha Allah.

No comments:

Post a Comment