Assalam.. muga hari ini lebih baik dari hari semalam, dan hari mendatang menjanjikan kebahagiaan buat semua.
Tanggal 24hb September, 2022 bersamaan dengan hari Sabtu telah diadakan Program Pengurusan Jenazah dari pukul 8.30 pg - 1.00 tghari. Kursus dikendalikan oleh Ustazah Dr. Naemah Hamzah dari Pusat Islam, UTM. Syukur alhamdulillah program mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran 80 orang peserta.
Program dimulakan dengan pendaftaran & bayaran sebanyak RM25 sebagai bayaran modul juga makanan pagi dan tengahari. Ustazah mulai dengan menjelaskan tentang amalan ketika sakit dan adab menziarahi orang sakit. Seterusnya amalan ketika nazak, amalan ketika keluar roh dan persiapan memandikan jenazah.
Slot seterusnya selepas berhenti sarapan ialah praktikal memandikan jenazah, kafan dan solat jenazah. Proses terakhir ialah pengkebumian sebelum program tamat dengan penyampaian sijil penyertaan setiap peserta dan sessi berfoto kumpulan.
Muga setiap peserta dapat menyerap ilmu yang telah dikongsi oleh ustazah dan dapat praktikkan jika ada ahli keluarga yang meninggal dunia. Insha Allah🤲
No comments:
Post a Comment