Assalam.. muga segala yang baik-baik untuk negara kita yang tercinta, Malaysia yang indah dan permai.
Tanggal 19.11.2022 bersamaan hari Sabtu semua rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab dengan keluar mengundi mengikut kawasan masing-masing yang telah didaftarkan. Kakchik, suami dan anak perempuan mengundi bagi Parlimen Iskandar Puteri. Ada 3 calon di bawah parti BN, PN dan PH. Tarikh mengundi kali ini bersamaan dengan hari lahir emak kakchik. Selamat hari lahir mak🌹Semoga dipanjangkan umur dengan segala kebaikan dan dilimpahkan rezeki dengan segala keberkatan. Aamiin🤲🤲
Siapa pun calon yang berjaya dipangkah paling banyak nanti, dapatlah menggalas tugas serta tanggungjawab dengan penuh dedikasi. Rakyat telah memilih secara demokrasi dan tinggi harapan semua agar ekonomi negara bertambah baik seiring dengan kemajuan negara tercinta.
Kakchik telah keluar mengundi sekitar jam 9.30 pagi di ketika hujan sedang lebat di Sek Agama Taman Universiti 1. Saluran 3 menunjukkan jumlah pengundi paling ramai di ketika itu dan kakchik mengambil masa anggaran 1 jam 30 minit untuk beratur sebelum membuang undi.
Terasa letih juga kerana menunggu agak lama, tetapi demi negara dan tanggungjawab terpaksa diharungi. Muga Malaysiaku sejahtera dan makmur!
No comments:
Post a Comment