Thursday 24 May 2018

Reunion Tidak Rasmi @ 29.4.2018 Semasa Wedding Anak Sahabat

Assalam.. muga kalian semua berada di dalam kesejahteraan dan ketenangan. Selamat menjalani ibadah puasa.

Pada tarikh 29.4.2018 bersamaan dengan hari ahad, kakchik dan suami berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki sahabat Sharodz iaitu Puan Hajah Rafiah. Tahniah Nyah dan suaminya Hj Omran! Hebat dan meriah  majlisnya.. walaupun majlis dibuat di rumah tetapi keadaan majlis yang teratur dan lancar.. bagaikan berada di majlis bangsawan Melaka zaman lalu dengan iringan qasidah dan selawat yang dialunkan secara langsung oleh anak-anak tahfiz. Pembantu-pembantu di bahagian hidangan pula tidak jemu menambah juadah juga pinggan mangkuk serta cawan.. bagaikan tidak putus-putus makanan dimasak oleh chef-chef. Terasa harmoni dan teratur majlis yang dihadiri oleh ribuan tetamu. Syabas Nyah dan keluarga!

Kakchik tiba agak lewat, dari JB terus melawat Mak Net di Kampung Pondok Batang terlebih dahulu. Memandangkan ramai sahabat yang turut hadir, kami mengambil kesempatan untuk melepaskan rindu sebab lama tidak bertemu. Keceriaan terpancar di muka masing-masing dengan gurau senda. Malangnya kami tidak dapat berlama di majlis tersebut, ada jemputan dan urusan lain yang perlu dipenuhi. Oleh kerana hari ahad merupakan hari persekolahan di Johor, kakchik turut berkejar pulang untuk mengambil anak-anak yang transit di taska.



Dari kiri Noor Faiezah, Suziela, Kchik Sari, Nyah, Habibah Mohd dan Siti Salwah


dari kiri Hj Omran dan Hajah Rafiah tuan majlis.. yang kanan sahabat kakchik Zaiton dan suami


Batch pertama yang datang dari kiri Shidah, Bib Kamari, Ujie, Ijjan, Paizah,
mak pengantin dan Dijah.  Belakang dari kanan Aiza, Ilah, Kem dan Norisa

ceria semuanya.. masih seperti zaman sekolah dulu-dulu

berdiri dari kiri Paizah, Norisa, Maslinah, Bib Kamari dan Norkamsiah.
duduk dari kanan ialah Aiza, Ijjan Borhan dan suaminya


posing lagi ni..

candid.. meriah sungguh

Bib, Wawa, Aiza  dan Nyah si ibu pengantin

Ijjan, Shidah dan Kem berdiri di belakang

Shidah dan Aiza..

Selamat pengantin baru Abu si bakal doktor dan isterinya Afiqah
"muga jodoh hingga ke syurga"


dari kiri ialah Shidah, Norisa, Ujie dan Bib

dari kiri depan ialah Noris, Aiza, Kem dan Sherry

Noor Faiezah dan Noor Aiza.. nak balik dah ni..

anak-anak yang mengiringi majlis dengan qasidah dan salawat

ni batch yang datang selepas zohor dari kiri Norazizah, Anis Abdul,
Norliza, Shima, Zaiton, Jamaliah, tuan rumah dan Zakiah
dari kiri ialah Zaiton, Anis, Zakiah, Zah, Jimi, Liza dan Shima

dari kiri ialah Norazizah, Eton, Akie, Jimi, Shima dan Liza Md Nor

muka yang ceria..dari kiri Akie, Jimi, Shima dan Liza

bersalaman dan berpelukan sebelum meninggalkan majlis

yang ni Alees dan nyah.. lisah ke KL atas urusan penting, tu yang lewat sampai

Ada beberapa orang sahabat yang hadir tetapi photonya tiada dalam koleksi kakchik, tidak dapat kakchik abadikan bersama di sini. Muga ikatan persahabatan kami berpanjangan hingga ke akhir hayat. Aamiin.

Wednesday 9 May 2018

Birthday Kakchik @ 9hb May = PRU 14

Assalam.. muga kalian sihat sejahtera bersama keluarga tersayang.

Syukur alhamdulillah masih dipinjamkan usia hingga ke hari ini. Terima kasih tidak terhingga kepada arwah abah dan Mak Net yang melahirkan kakchik ke dunia pada awal subuh jumaat  9.5.1969 iaitu di kediaman mereka di kampung yang masih dihuni hingga kini. Kebetulan tarikh lahir kakchik sehari sebelum PRU 1969 yang jatuh pada tarikh 10.5.69, jadinya Mak Net tidak perlu turun mengundi. Keadaan agak huru hara pada ketika itu kerana sejurus selepas pilihanraya, berlakunya peristiwa berdarah 13 may. Muga tiada lagi tragedi buruk yang melanda negara kita.

Hampir separuh abad.. tarikh 9.5.2018 bersamaan hari rabu merupakan tarikh pilihanraya umum ke 14.. terima kasih PM yang memilih tarikh yang sama dengan hari kelahiran kakchik.. dapat cuti umum lagi kan.. syukur alhamdulillah. Kakchik telah pun menjalankan tanggungjawab pada negara dengan turun mengundi di Dun Kota Iskandar dan Parlimen Iskandar Puteri.

Terima kasih abang untuk hadiah special tahun ni..

Muga mendapat rezeki kesihatan, kekayaan, anak2 yang soleh dan solehah dan dipanjangkan umur kakchik.. aamiin.. insya Allah.