Wednesday 9 May 2018

Birthday Kakchik @ 9hb May = PRU 14

Assalam.. muga kalian sihat sejahtera bersama keluarga tersayang.

Syukur alhamdulillah masih dipinjamkan usia hingga ke hari ini. Terima kasih tidak terhingga kepada arwah abah dan Mak Net yang melahirkan kakchik ke dunia pada awal subuh jumaat  9.5.1969 iaitu di kediaman mereka di kampung yang masih dihuni hingga kini. Kebetulan tarikh lahir kakchik sehari sebelum PRU 1969 yang jatuh pada tarikh 10.5.69, jadinya Mak Net tidak perlu turun mengundi. Keadaan agak huru hara pada ketika itu kerana sejurus selepas pilihanraya, berlakunya peristiwa berdarah 13 may. Muga tiada lagi tragedi buruk yang melanda negara kita.

Hampir separuh abad.. tarikh 9.5.2018 bersamaan hari rabu merupakan tarikh pilihanraya umum ke 14.. terima kasih PM yang memilih tarikh yang sama dengan hari kelahiran kakchik.. dapat cuti umum lagi kan.. syukur alhamdulillah. Kakchik telah pun menjalankan tanggungjawab pada negara dengan turun mengundi di Dun Kota Iskandar dan Parlimen Iskandar Puteri.

Terima kasih abang untuk hadiah special tahun ni..

Muga mendapat rezeki kesihatan, kekayaan, anak2 yang soleh dan solehah dan dipanjangkan umur kakchik.. aamiin.. insya Allah.

No comments:

Post a Comment