Monday 30 April 2018

Last Camping Bersama SAUTM - Kem Kaizen 2H1M 30 ~ 31.3.2018

Assalam..   muga kalian sentiasa sihat, ceria dan berfikiran positif dalam mengharungi kehidupan seharian.. walaupun bahang PRU 14 semakin terasa.. hihihi☺

Tarikh 30 ~ 31.3.2018  SAUTM telah membiayai anak-anak Tahap 2 yang memegang jawatan pengawas, PRS, ketua dan penolong darjah untuk mengikuti program motivasi selama dua hari satu malam di Kem Kaizen, Gunung Pulai. Anak bujang kecil kakchik yang di darjah 5 turut terlibat, Aidil sangat teruja sejak 2 bulan dalam perancangan lagi. Tarikh asal yang dijadualkan ialah semasa cuti penggal pertama.. malangnya terpaksa dianjakkan kepada cuti hujung minggu pertama selepas naik bercuti.

Jadual kem agak padat.. seronok melihat telatah anak-anak melalui photo yang Ustazah Nur Idayu muatnaik di group Kem Kaizen SAUTM. Alhamdulillah.. jutaan terima kasih kepada Guru Besar, ustaz dan ustazah SAUTM yang mengendalikan anak-anak semua. Jazakumullahu khairan kathira.


suka betul si Aidil..


zaman kakchik kanak-kanak dulu... main macam ni ajer la.. lau yang kat pokok jadi buaian..


Day 1 ~ 30.3.2018 (jumaat)

Perkhemahan bermula dengan pelajar berkumpul di SAUTM pada jam 7.30 pagi untuk menaiki bas menuju ke Kem Kaizen, Gunung Pulai. Ada beberapa acara mainan yang ditukarkan dari jadual hari pertama kepada hari kedua mengikut kesesuaian cuaca.

















alhamdulillah telah selamat sampai di kem







senaman regangan untuk warm up





























Day 2 ~ 31.3.2018 (sabtu)

Aktiviti bermula seawal pagi lagi.. hari yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar.. banyak aktiviti melibatkan air.. anak kakchik sangat teruja bila bercerita kisahnya bersama kawan-kawan.


































































Ucapan penutup oleh Ustaz Bani

menunggu bas untuk pulang


menunggu ibubapa datang jemput di sekolah.. SAUTM 


SAUTM dalam kenangan













Rupa-rupanya ini merupakan kenangan terakhir Aidil bersama-sama kawan kerana selepas balik dari kem, surat makluman tentang penutupan sementara Sek. Agama UTM diedarkan kepada semua pelajar. Jadinya pelajar mula berpindah pada 16.4.2018 ke beberapa buah sekolah yang berhampiran  mengikut kesesuaian masing-masing. Muga aktiviti yang dilalui semasa di kem akan menjadi motivasi ke arah kehidupan dan disiplin yang lebih baik. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment