Thursday 5 April 2018

Hari Anugerah Bintang Karisma 2017 SKTU1

Assalam..  kakchik sentiasa mendoakan agar kalian diberikan kesihatan dan ketenangan dalam mengharungi hari mendatang.


Kakchik kongsikan kali ini ialah aktiviti sekolah anak-anak kakchik iaitu yang nombor tiga dan yang bongsu.. Hari Anugerah Bintang Karisma 2017 dan mesyuarat PIBG yang diadakan pada 10.3.2018 yang lalu. Syukur alhamdulillah mereka dapat menempa kejayaan walaupun perjalanan pendidikan masih jauh. Insya Allah berkat asuhan guru-guru semua yang sangat kakchik hargai.. mereka akan melangkah ke peringkat yang seterusnya dengan penuh semangat dan cita-cita. Jutaan terima kasih kakchik ucapkan kepada guru-guru SKTU 1.


Tahniah arisya! keep it up


photo agak kabur..

penuh kabinet mama.. 

photo kenangan bersama jiran setaman...


Aidil sebelum persembahan Angklung..


Team Anglung bersama guru pembimbing iaitu Cikgu Saiful dan Teacher Hama


sedap persembahan mereka.. Aidil tersorok di belakang.. dua dari kanan


Arisya bersama team yang membuat persembahan nyanyian.. sedang menunggu giliran..

Muga anak-anak kita semua dapat menimba ilmu yang berguna sebagai persiapan untuk melangkah ke peringkat seterusnya. Sebagai ibu.. kakchik hanya mampu memberi sokongan dan dorongan yang sebaik mungkin. Doa juga kakchik iringi buat mereka agar urusan dipermudahkan oleh Nya.

No comments:

Post a Comment