Sunday 15 April 2018

Penangguhan Sementara Operasi SA UTM, Skudai

Assalam..  muga kalian sentiasa berada di bawah payung lindungan Nya.. Insya Allah


Berita sedih mengenai penangguhan operasi persekolahan semua pelajar Sek Agama UTM, Skudai dimaklumkan kepada ibubapa pada awal bulan April ini iaitu selepas naik dari cuti sekolah selama seminggu. Pihak berkuasa di bahagian keselamatan telah mengesahkan bahawa bangunan sekolah tersebut telah tidak selamat untuk diduduki dan arahan untuk ditutup telah dikeluarkan. Satu taklimat khas telah diaturkan untuk ibubapa iaitu pada 10.4.2018 bertempat di Dewan Kolej Rahman Putra, UTM. Pada taklimat tersebut pihak Pusat Islam UTM telah menerangkan dengan panjang lebar punca dan asbab yang menyebabkan semua pelajar harus berpindah sementara dengan kadar segera dari sekolah papan yang berusia hampir 30 tahun itu. Majlis pecah tanah sekolah baru di dalam kawasan UTM juga, dimaklumkan telah dilancarkan pada awal bulan.. dijangka mengambil tempoh masa selama 18 bulan untuk disiapkan.

Wakil pihak Pejabat Pendidikan Islam Daerah Kulai yang turut hadir telah menerangkan tindakan yang perlu diambil oleh pihak sekolah. Pelajar akan dipindahkan ke beberapa sekolah agama berdekatan mengikut pilihan dan kesesuaian ibubapa. Semua urusan perpindahan cuma melalui borang hijau yang boleh diambil di Sekolah Agama UTM dan di bawa untuk mendaftar di sekolah pilihan yang baru. Semua Guru Besar sekolah berdekatan dijemput hadir sama semasa taklimat itu bagi memudahkan urusan seterusnya. Tidak perlu ke pejabat pendidikan walaupun sekolah berdekatan berlainan daerah pentadbiran sekolah agama. Ibubapa juga diberi peluang di dalam sesi soal jawab bersama Guru Besar dan pihak PPID.. memandangkan ramai yang agak panik dengan short notis yang telah diberikan. Semua pelajar akan berpindah dan hari terakhir di SAUTM ialah pada 15.4.2018 bersamaan hari ahad.


Jamuan perpisahan di bilik darjah di dalam cabin bersama Ustazah Norazlin

sayang mama sedang minum di belakang.. hehe


photo kenangan pada hari khamis 12.4.18 yang lalu


Terima kasih Ustazah Norazlin yang sangat penyayang..


Ustazah sempat hadir walau dalam cuti sakit selepas pembedahan.. syafakillah


Sesi temuramah untuk video pihak UTM.. semangat anak-anak.. macam nak masuk TV

Kakchik mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Sekolah Agama UTM yang telah mendidik anak-anak kakchik iaitu Muhammad Aidil bin Anuar, darjah 5 Ghazali dan Nur Ilyana Arisya binti Anuar, darjah 2 Ali. Jazakallahu khairan kathira. Muga pembinaan sekolah baru berjalan lancar seperti dirancang.. Aamiin


No comments:

Post a Comment