Tuesday 26 April 2016

Beranda Idaman Hati Mak Kakchik..

Assalam.. muga hari-hari mendatang menjanjikan kebahagiaan buat kita semua..

Cerita pasal beranda rumah kampung kakchik.. tempat kakchik dilahirkan dan dibesarkan. Asalnya rumah papan.. tetapi telah di upgrade pada tahun 1994.


Photo di atas ialah rumah yang telah di upgrade.. baru-baru ni.. mak kakchik telah menyuarakan hasratnya untuk membuat beranda yang bertembokkan batu ala2 botol tu.. ni famous dedulu la.. Maka adik kakchik yang mesra dengan panggilan ateh pun menunaikan hajat mak tu.. Terima kasih ye ateh.. besar pahalanya kerana menunaikan hajat mak..

Setelah memanggil beberapa kontraktor (kat kg. panggil "tukang") mengukur.. dan mendapat sebut harga yang berpatutan.. maka kerja dimulai dengan meratakan lantai kiri dan kanan beranda lama untuk dijadikan satu. Selepas itu dinaikkan bata beberapa inci sebelum diletakkan tiang2 botol.

kerja pembinaan sedang dijalankan


begini rupanya setelah siap kerja pemasangan tembok botol


pandangan hadapan..


kerja tiling sedang dilakukan


melengkapkan kerja tiling


kerja tiling hampir siap


siap pun pasang tiles..


selepas dicat



Alhamdulillah kemas sungguh kerja kontraktor tersebut. Warna cat pun pilihan mak.. berseri-seri dah rumah mak di kampung. Tercapailah impian mak yang mahukan cucu-cucu berehat dan duduk diatas beranda barunya. Muga mak dipanjangkan umur. Aamiin

Tuesday 19 April 2016

Salah Lorong - termasuk check point ke Kota Singa

Assalam.. muga hari ini lebih baik dari semalam..

Alhamdulillah bos di tempat kakchik bekerja.. berbesar hati untuk belanja makan tengahari.. untuk semua staff sempena kejayaan dalam memperbarui sijil ISO dan juga penubuhan syarikat barunya dengan menggunakan staff sedia ada.

Pihak HR telah mencadangkan venue makan tengahari di DoubleTree by Hilton, Johor Bahru. Beberapa photo diambil sementara menanti kedatangan bos untuk mengeratkan silaturahim sesama staff.


Gabungan department finance, HR projek + kontrak..



Staff perempuan.. kurang lagi seorang yang sedang cuti bersalin..

Kakchik dan HR..

Inilah team kami yang tinggal daripada hampir 60 orang staff sebelumnya.. ada yang tamat kontrak kerja dan ada juga yang mendapat tawaran kerja yang lebih baik. Walau bagaimanapun kami gembira dalam kelompok yang tidak ramai. 

Makanannya boleh tahan enak.. ada pilihan masakan melayu, cina dan india.. mengah perut kakchik. Setelah habis sesi makan dan mengucapkan terima kasih kepada bos, kakchik pun beredar dan bergegas untuk mengambil anak yang berada di sekolah memandu.. sian dia menunggu lama. Lokasinya boleh tahan jauh untuk seseorang yang tak berapa suka memandu seperti kakchik.

Turun dari kawasan parking yang berbelit-belit macam ulau kata "orang melaka"... kakchik pun terus menuju ke arah Stulang sebab kakchik perlu ambil laluan EDL/Bdr Dato Onn untuk ke sekolah memandu yang terletak di Adda Height. Biasa kakchik ambil dia dari area ofis so takde masalah. Ntah macam mana punya over confiden kakchik tau-tau dah berada di dalam area check point masuk ke Singapore... pehhh makk dah silap nakk... adoiiii...

Tula.. dah tau bukan orang JB.. bila hubby drive tolong ler buka mata sikit n kenal pasti jalan... haaaa kan dah kenaaaaa...

Ni lerr tempat sesatnya..
So.. selepas bayar tol menggunakan touch n go... kenalah park kereta di bahagian lorong merah sementara kena isi borang di pejabat Imigresen di tengah2 tu ye.. jangan lupa tunjuk IC mykad.. 

sedang mengisi borang sambil menahan ketawa..

ni ye borang nya..
Begitulah rupa borang yang kakchik isi maklumatnya.. selepas tu kena dapatkan pengesahan dari pegawai yang duduk di dalam bilik.. then bila dah dapat kebenaran tu.. ambil lah kereta dan menuju ke lorong sebelah kanan sekali.. di hujung lorong ada seorang polis yang akan ambil borang tadi dan akan membuka laluan berpatah balik.. siap wish selamat masuk ke Malaysia.. kakchik dan anak saudara ketawa macam nak pecah perut.. dengan perut kekenyangan lagi.

Syukurlah kakchik tak sesat lagi hingga ke Adda Height dan pulang semula ke pejabat.


Sunday 17 April 2016

Pengalaman Si Bongsu terkena Bell's palsy

Assalam..
Pengalaman ini kakchik laluinya dua tahun yang lepas.. bulan Mac 2014.. ketika si bungsu berusia 4 tahun.. pada hari kejadian kakchik balik kerja agak lewat dari biasa iaitu hampir maghrib, kebiasaannya habis waktu pejabat pukul 5.30 terus keluar sebab kena ambil anak-anak di taska. Kesian anak-anak keletihan bermain sambil menunggu mamanya pulang. Seperti biasa si bongsu akan menyanyi semua lagu-lagu yang dipelajari di tadikanya.. almaklum baru masuk alam persekolahan. Sambil memandu balik ke rumah kami.. kakchik turut nyanyi sama.. mana yang tau jela.. bila berhenti di lampu merah.. kakchik pun pusing sedikit untuk mencium pipi si bongsu. Terkejut kakchik melihat mukanya yang agak senget bila menyanyi.. berdebar-debar hati kakchik.. apakah itu??


Setiba di rumah.. beberapa soalan kakchik ajukan padanya dan si abang yang telah bersekolah tahun satu.. mengikut kata si bongsu dan si abang.. si bongsu tidur petang tu.. ikut jadual taska seperti biasa, bangun jer rasa sakit sedikit di bahagian pipi kanan nya.. Dalam keadaan susah hati kakchik solat dahulu.. doa semuga segalanya dipermudahkan sementara menunggu suami pulang. Agak lewat jugak suami kakchik pulang.. kerja luar kawasan. Si bongsu tidak berselera makan dan tidur agak awal. Kami mengambil keputusan untuk membawanya ke klinik berdekatan.. KK Taman Universiti  terlebih dahulu pada keesokan harinya.. dengar dulu apa ulasan doktor.

Sibongsu ke sekolah agak lewat selepas rawatan doktor.. masa mengambil nombor giliran dan di tanya anak kakchik sakit apa.. kakchik cuma cakap sakit muka sahaja.. Doktor yang merawat membuat beberapa ujian ke atas si bongsu.. akhirnya dia klasifikasikan sebagai Bell's palsy.. first time kakchik dengar perkataan tu.. dalam hati.. nanti ku google untuk tau lebih lanjut. Doktor tersebut menerangkan serba sedikit berkenaan sakit yang dihidapi oleh si bongsu dan memberi surat rujukan ke pakar kanak2. Selepas menyarankan agar si bongsu minum menggunakan straw dan makan disuap buat sementara ini.. doktor juga menyarankan agar dipakaikan ray-ban untuk menahan cahaya yang masuk ke mata kanannya yang tidak boleh berkerdip. doktor mengarahkan kami berjumpa fisio yang berada di tingkat satu. 


Pegawai fisio mengajar cara untuk membuat sedikit exercise muka dengan menggunakan kiub ais yang tidak tajam dan dibalut dengan tuala kecil.. kemudian digosok dengan ringan dan laju secara sehala dari bawah muka bahagian kanan menghala ke atas.. berulang-ulang kali setiap pagi, tengahari dan malam sebelum tidur. Terdapat juga senaman muka yang perlu dilatih.. seberapa kerap yang larat.. seperti mengangkat kening, mengerut kening, tutup & buka mata, mengerut hidung, senyum, senyum lebar, mengerut dagu, memek muka sedih, buka & tutup mulut, jelir lidah dan tiup angin.


Ini senaman bergambar supaya mudah anak kakchik contohi

Kakchik menerangkan kepada guru kelas si bongsu dan kemudian kepada cikgu asuhannya di taska tentang penyakit yang sedang dihidapinya. Kemudiannya kakchik membuat temujanji untuk berjumpa doktor pakar. Sebelum tarikh temujanji sampai.. kakchik membawa sibongsu untuk jalani fisio setiap petang dengan harapan agar cepat sembuh.  Photo di bawah menunjukkan saraf muka kanan pesakit yang terkena bell's palsy.





Apakah maksud bell's palsy? Ianya nama penyakit yang menyerang saraf wajah ke 7.. sehingga menyebabkan kelumpuhan pada otot wajah di salah satu sisi. Kelumpuhan hanya terjadi di satu wajah yang terkena. Ini yang membezakannya dengan stroke. Adakah bell's palsy sakit? Ianya tidak sakit tetapi kita sendiri akan merasa kesukaran untuk tidur, susah untuk makan, susah untuk kerdip2kan mata.. Tanda2 nya seperti susah menggerakkan otot wajah di bahagian yang diserang, seperti mata tidak boleh ditutup, tidak boleh meniup dan sebagainya. Penyebab kelumpuhan ini masih menjadi perdebatan. Beberapa ahli menyatakan penyebabnya adalah kerana angin sejuk di salah satu sisi wajah secara terus menerus, ada juga yang menyatakan hal itu disebabkan oleh virus herpes yang menetap ditubuh dan aktif kembali kerana trauma, faktor lingkungan, stres dan lain-lain. 


Photo di atas menunjukkan seseorang yang terkena bell's palsy sebelah kanan, hanya gerakan muka kiri sahaja yang boleh dilihat.. gerakan semuanya terherot ke kiri muka pesakit. Ramai orang yang tidak tau dan membuat anggapan bahawa muka kiri pesakit yang mengalami masalah. Photo di sebelahnya ialah sesudah sembuh dan pesakit boleh tersenyum normal. 

Sebahagian penderita boleh sembuh tanpa perubatan, tetapi disarankan untuk menjalani terapi dari perubatan agar segera sembuh. Bell's palsy diambil dari nama Sir Charles Bell, doktor dari abad 19 yang pertama menggambarkan keadaan ini dan menghubungkan dengan kelainan pada saraf wajah. Walaupun namanya unik.. penyakit ini akan mengganggu fungsi pada wajah penghidapnya.

Simptom atau gejala Bell's palsy: 

- muka menjadi senget
- mata & kening mereka kelihatan terjatuh atau condong ke bawah
- tiada air mata pada bahagian wajah yang diserang Bell's palsy
- garisan pada pipi akan jatuh
- sukar mengawal pengeluaran air liur
- kesan telinga berdesing atau berdengung yang dikenali sebagai tinnitus
- bahagian depan lidah terasa kebas
- sukar meniup dan menghembus
- sakit telinga atau ada inflamasi (keradangan) di dalam telinga.



Syukur alhamdulillah anak bongsu kakchik telah sembuh sepenuh nya setelah beberapa kali berjumpa doktor pakar dan fisio yang dibuat mengikut jadual. Puas juga kakchik memujuk setiap kali fisio yang perlu melekapkan wire ke seluruh pipi kanannya.

P/S: Ibubapa perlu alert dengan setiap perubahan anak2.. jangan sampai terlewat..    
Semuga Allah sentiasa melindungi kita.. Hidupku.. Matiku.. hanya kerana Allah s.w.t.

Monday 11 April 2016

Pasang plaster ceiling setelah 6 tahun

Assalam..

Setelah berpindah selama 6 tahun baru dapat buat plaster ceiling.. mak aiii lamanya.. takde bajet pun iya.. tak bersungguh-sungguh pun ya jugak.. almaklum kakchik tak berapa rajin.

Jenuh jugak mendapatkan quotation.. pilih punya pilih.. dapat lerr yang ni..


Kakchik pilih yang box untuk ruang tamu dan yang biasa untuk dining hall. Keseluruhan nya RM3,500 termasuk percuma kipas ceiling, 6 LED downlight bersama kerja wiring. Kakchik tambah 2 curve untuk ruang pemisah bilik dan pintu ke ruang dapur so tambah RM250 dan cat + 3 plug RM200. Deposit sebanyak 40% dibayar sebelum kontraktor masuk tapak.

Sebelum memasang plaster ceiling.. kerja wiring kena settle dahulu untuk kenal pasti posisi point lampu, kipas dan chandelier. Kakchik pilih hari jumaat & sabtu untuk membuat kerja pemasangan so pagi jumaat tu sub kontraktor wiring yang datang dahulu. Setelah kerja wiring siap.. pekerja plaster ceiling pulak yang datang.. 


Hanya dua orang pekerja.. mereka membuat lengkuk dahulu dan petangnya mereka mula memasang plaster ceiling untuk dining area.



Keesokan nya mereka sambung tugasan memasang box di ruang tamu sehingga siap tengaharinya. Kerja memasang lampu disambung oleh sub kontraktor wiring. Setelah siap pemasangan.. orang yang sama juga mengecat  plaster ceiling tersebut. 




Kerja mengemas sempat dilakukan sebelum waktu maghrib hari yang sama.. banyak sungguh habuk dari kerja drill plug dan kerja memasukkan wire di suis utama. Semua ni foc termasuk dalam pakej.. mereka juga menukar main board (suis utama elektrik) yang lama kepada yang lebih besar bersesuaian dengan penambahan suis lampu dan kipas.


Petang isnin nya baru tauke kontraktor datang untuk check keseluruhan kerja pemasangan dan wiring sebelum kami membayar baki kos tersebut.


Alhamdulillah siap jugak pemasangan plaster ceiling di rumah kakchik.. cat dinding masih yang lama so ada kesan capuk n tompokan kapur plaster ceiling. Insha Allah akan dicat baru selepas kerja pemasangan kabinet dapur siap nanti. Masih menunggu turn kontraktor KC.. schedule nya April ni.. minggu depan.. Lampu chandelier pun belum dibeli.. Dining hall masih kosong sebab menunggu perabot baru. Hehe semua lambat sebab dibayar sedikit demi sedikit sehingga langsai.