Tuesday 30 November 2021

Pertunangan Danial 6.11.21

Assalam.. muga hari ini lebih baik dari yang semalam dan hari yang bakal mendatang menjanjikan kebahagiaan buat kita semua.

Tarikh yang dipilih untuk merisik dan bertunang ialah pada 6.11.2021 bersamaan hari Sabtu. Sekitar jam 9.00 pagi kakchik dan keluarga bergerak dari rumah di Durian Tunggal menuju ke utara iaitu ke Bandar Baru Kuala Selangor. 

Pekan Ijok menjadi tempat perjumpaan dengan anakanda sulung kakchik yang bertolak dari Cheras, Kuala Lumpur. Segala persiapan telah beliau sediakan. Kakchik cuma membawa buah tangan dan cenderahati sahaja.




Selamat bertunang Danial dan Atirah Azizi. Muga ikatan pertunangan terpelihara hingga ke jinjang pelamin pernikahan. Insya Allah.

Sunday 28 November 2021

AIDIL GENAP 14 TAHUN

Assalam.. muga kalian beroleh ketenangan di dalam menjalani kehidupan seharian dan sentiasa berminda positif agar bertindak juga secara positif.

Tanggal 22.10.21 bersamaan dengan hari Jumaat merupakan hari ulangtahun kelahiran anak kakchik yang nombor tiga iaitu Muhammad Aidil. Muga Aidil dipanjangkan umur yang berkat, dikurniakan kesihatan dan menjadi remaja yang soleh juga berbakti kepada kedua ibubapa. Aamiin.

Kami meraikannya dengan makan malam di Restoran Secret Recipe dan kemudian memotong kek di rumah sahaja sebagai tanda ingatan.






Wednesday 17 November 2021

AIDIL VAKSIN DOS KEDUA

Assalam.. muga kalian beroleh ketenangan dan kesejahteraan bersama keluarga yang tercinta. Muga ceria dan sentiasa mengamalkan gaya hidup yang positif serta kekalkan menjaga SOP walau di mana kalian berada. Jalani norma baru sebagai habit.

Janjitemu Aidil untuk vaksin dos kedua di PPV Taman Nusantara sekitar jam 9.00 pagi tarikh 29.10.21. Semua pelajar tingkatan 1 dan 2 diberi laluan waktu pagi pada hari Jumaat yang penuh barokah itu. Seperti biasa kena beratur untuk ambil nombor setelah mengimbas MySejahtera dan periksa suhu. Seterusnya menunggu hingga tiba giliran dalam tempoh setengah jam.

Syukur alhamdulillah segala urusan dipermudahkan dan suntikan juga agak pantas. Setelah disuntik menunggu sebentar untuk dikemaskini data di dalam sistem MySejahtera dan seterusnya boleh pulang.

Terima kasih petugas barisan hadapan. Muga ikhtiar ini dapat mengelak dari virus Covid 19 yang masih berleluasa di mukabumi kita.