Saturday 31 July 2021

Birthday Hubby ke 51

Assalam.. muga hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari yang bakal mendatang.

Tanggal 30 Mei, 2021 bersamaan hari ahad merupakan hari lahir hubby kakchik yang ke 51. Sambutan tahun ini dibuat secara sederhana di rumah kami kerana tempoh PKP.

Muga bertambah usia yang berkat, dilimpahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik buat suami kakchik. Aamiin.





Syukur alhamdulillah kerana masih dapat meraikan bersama keluarga walau Abang Nil dan Kak Sya tidak dapat bersama. Muga tahun hadapan kami dapat menyambutnya di luar dengan kehidupan normal tanpa Covid 19. Insya Allah.

Thursday 29 July 2021

SUNTIKAN VAKSIN COVID 19

Assalam.. muga kalian sentiasa sihat dan berbahagia bersama keluarga tersayang.

Walau kita masih menjalani PKP namun hidup perlu diteruskan. Pandemik covid 19 yang semakin mengganas dengan virus delta yang menyerang ramai mangsa. Setiap hari kes baru semakin meningkat dan bilangan pengidap yang dimasukkan ke wad ICU bertambah. Angka kematian juga meningkat setiap hari.

Langkah kerajaan untuk mencegah penularan dengan memberi vaksin secara percuma kepada semua orang. Kita hanya perlu mendaftar melalui aplikasi MySejahtera dan kemudiannya mereka akan menguruskan janjitemu suntikan vaksin  mengikut negeri dan alamat rumah yang telah didaftarkan.

Alhamdulillah kakchik telah mendapat janjitemu pada tarikh 28.7.2021 di PPV Persada. Vaksin yang diterima ialah dari pfizer. Selain pfizer terdapat juga AZ, sinovac dan beberapa jenama lagi. Kakchik tak menang battle AZ pada bulan Jun yang lalu, jadinya tunggu panggilan dari MySejahtera.



Boleh rujuk sedikit maklumat di atas sebagai panduan. Walaupun ramai orang di pusat vaksin tetapi transaksi teratur dan berjalan dengan lancar. Syukur alhamdulillah. Muga penyakit covid 19 terhapus dari mukabumi dengan segera dan kita semua dapat menjalani kehidupan yang normal kembali.