Assalam.. muga kalian sentiasa sihat dan berbahagia bersama keluarga tersayang.
Walau kita masih menjalani PKP namun hidup perlu diteruskan. Pandemik covid 19 yang semakin mengganas dengan virus delta yang menyerang ramai mangsa. Setiap hari kes baru semakin meningkat dan bilangan pengidap yang dimasukkan ke wad ICU bertambah. Angka kematian juga meningkat setiap hari.
Langkah kerajaan untuk mencegah penularan dengan memberi vaksin secara percuma kepada semua orang. Kita hanya perlu mendaftar melalui aplikasi MySejahtera dan kemudiannya mereka akan menguruskan janjitemu suntikan vaksin mengikut negeri dan alamat rumah yang telah didaftarkan.
Alhamdulillah kakchik telah mendapat janjitemu pada tarikh 28.7.2021 di PPV Persada. Vaksin yang diterima ialah dari pfizer. Selain pfizer terdapat juga AZ, sinovac dan beberapa jenama lagi. Kakchik tak menang battle AZ pada bulan Jun yang lalu, jadinya tunggu panggilan dari MySejahtera.
Boleh rujuk sedikit maklumat di atas sebagai panduan. Walaupun ramai orang di pusat vaksin tetapi transaksi teratur dan berjalan dengan lancar. Syukur alhamdulillah. Muga penyakit covid 19 terhapus dari mukabumi dengan segera dan kita semua dapat menjalani kehidupan yang normal kembali.
No comments:
Post a Comment