Wednesday, 30 June 2021

Anil Sambut Aidil Fitri 2021 Di Lautan

Assalam.. muga hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari yang bakal mendatang menjanjikan kedamaian.

Anak sulung kakchik yang bekerja di bidang offshore terpaksa beraya di lautan tahun ini. Seminggu sebelum raya, beliau telah pun bergerak menuju Pelabuhan Kemaman. Seterusnya ke offshore tempat projek dijalankan.

Beliau bervideo call untuk wish hari raya dan kami saling bermaafan sekeluarga. Terasa sedih juga kerana hampir setahun beliau tidak pulang ke Johor Bahru. Jadual kerja yang memerlukan beliau turun ke offshore dan PKP juga menjadi halangan merentas negeri.

Terima kasih kepada pihak pengurusan dan dapur kapal yang telah menyediakan juadah hari raya seperti ketupat segera dan rendang. Terdapat juga kuih muih. Hari raya di sambut bersama rakan setugas secara sederhana dan norma baharu. 

Solat sunat Aidil Fitri yang diimamkan oleh kapten bertugas dapat ditunaikan sebagai tanda kesyukuran dan kemenangan setelah berpuasa selama sebulan. Muga tahun hadapan dapat beraya dan berkumpul bersama keluarga. "Selamat hari raya dan maaf zahir batin".







No comments:

Post a Comment