Tuesday, 29 June 2021

Raya Aidilfitri Tahun 2021 - PKP Raya

Assalam.. muga kalian sentiasa di bawah lindungan Allah Taala dan ceria bersama keluarga tercinta.

Tanggal 13hb Mei, 2021 bersamaan dengan hari khamis kita semua menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin dari kakchik sekeluarga. Sambutan 1 Syawal dengan suasana yang masih diselubungi dengan corona virus Covid 19 dan PKP telah diumumkan 3 hari sebelum menjelangnya hari lebaran. Beraya dengan norma baharu dan kali ini lebih ketat lagi kerana tiada langsung istilah boleh ziarah dan kunjung mengunjung. Kes naik mendadak terutama di negeri Selangor dan kes ICU bertambah.

Syukur alhamdulillah kerana anak kedua kakchik sempat pulang beraya seminggu sebelumnya. Pihak universiti mengeluarkan surat tamat kerja makmal fasa 1 dan akan bersambung dengan kelas online pula buat sementara waktu dan cuti raya.

Anak yang sulung tidak dapat pulang kerana tahun ini beliau beraya di atas kapal sahaja bersama rakan sejawat. Kami bervideo call untuk bermaafan dan menghilangkan rindu.

Kami menyambut hari kemenangan dengan bersarapan sekeluarga. Juadah yang kakchik sediakan ialah ketupat segera dan lemang yang di makan bersama rendang daging, ayam masak merah dan sayur lodeh. Kemudian kami bersolat sunat Aidil Fitri di rumah bersama ahli keluarga. Seterusnya kami saling bermaaf-maafan. Keluarga yang jauh kami cuba hubungi. Mertua walaupun dekat, kami bungkuskan juadah sahaja kena tuntutan SOP.

Kami saling bertukar-tukar juadah dengan jiran terdekat. Sedap masakan jiran-jiran kakchik. Muga virus ini Allah angkat dari muka bumi sepantas kilat dan tahun berikut kita dapat sambut raya dengan amalan norma yang biasa.




No comments:

Post a Comment