Assalam.. muga hari-hari kalian sentiasa ceria bersama keluarga tersayang walau pelbagai rintangan yang mendatang di dalam kehidupan.
Keheningan awal subuh khamis yang disirami hujan lebat hingga ke pagi pada tarikh 22.11.2018 merupakan penamat penggal persekolahan untuk tahun 2018 di negeri tempat tinggal kami. Walaupun anak-anak kakchik masih belum berapa sihat, kakchik berikan semangat untuk mereka ke sekolah juga. Boleh mereka bertemu guru-guru dan kawan-kawan sekelas sebelum bercuti panjang. Syukur alhamdulillah, anak-anak akur walaupun mukanya tampak masih layu.
|
ni muka adik Risya pagi ni.. belum sembuh sepenuhnya.. |
|
ni photo masa awal tahun.. hari pertama persekolahan |
Banyak aktiviti anjuran sekolah yang anak-anak ikut serta, memandangkan sekarang taksiran bukan hanya di sudut akademik tetapi merangkumi juga semua aspek ko kurikulum, sahsiah dan sukan. Alhamdulillah keputusan peperiksaan akhir tahun yang sangat menggalakkan dan ianya sebagai bonus kepada kakchik dan suami serta keluarga. Muga anak-anak terus maju jaya untuk menempuh tahun depan yang sedia menanti cabarannya. Insya Allah.
|
Pertandingan Bercerita Tahap 1 |
|
Aidil lead koir yang masuk pertandingan peringkat kebangsaan |
|
Anugerah kedatangan penuh 2018 |
|
Masih kekal di kelas pertama |
|
Muga terus berusaha |
|
Tahniah! |
|
muga adik Risya dapat kekalkan prestasi yang cemerlang |
No comments:
Post a Comment