Tuesday 15 August 2017

Resepi Sambal Ikan Bakar yang Sedap

Assalam..  muga hari-hari yang dilalui lebih menyeronokkan dengan kepelbagaian jenis makanan dan resepi masakan..


Kakchik bawakan resepi khas.. sambal ikan bakar dari sahabat Sharodz iaitu Puan Alisahkhairun. Resepi yang beliau perolehi semasa bekerja di bawah Kementerian Kesihatan dan menetap di Kuantan katanya.. terima kasih ye lis.. serius sedap tau..


kuah yang telah siap dimasak.. dilumur pada ikan yang nak dibakar juga..

Resepi Sambal Ikan Bakar

Bahan-bahan :

- 1 labu bawang holland
- 4 ulas bawang putih
- cili kering segenggam, ikut tahap kepedasan
- halia seinci besarnya
- kunyit hidup sedikit
- lengkuas sedikit
- serai 3 batang
- sedikit belacan bagi yang menggemarinya

- sos cili
- sos tiram
- kicap manis
- daun kesum segenggam
- garam secukup rasa
- minyak untuk menumis


bahan-bahan yang disediakan..

Cara-cara :

1. Kisar semua bahan-bahan utama yang di dalam senarai.

2. Panaskan minyak masak secukupnya, tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau dan garing.

3. Kemudian masukkan sos cili, sos tiram, kicap manis dan garam secukup rasa.

4. Biarkan kuah sambal mereneh seketika.

5. Tambahkan air untuk cairkan sambal dan sebelum api dapur ditutup, masukkan daun kesum.

Siap untuk dihidangkan bersama ikan bakar, selain yang dicurah pada ikan ketika membakarnya.


rupa sambal yang telah siap dimasak..


Nota: sambal boleh dibuat lebih awal dari hari yang ingin kita gunakan..  disimpan dalam peti sejuk untuk memudahkan kerja memasak pada hari yang kita nak bakar ikan.

Sunday 6 August 2017

Ulangtahun Perkahwinan.. 6hb Ogos

Assalam..   muga hari-hari anda mendamaikan bersama insan tersayang


Tarikh 6 haribulan Ogos, merupakan ulangtahun pernikahan kakchik dan suami.. alhamdulillah tahun ini kami dapat meraikan bersama anak-anak.. kebetulan mereka sedang bercuti semester. Doa kakchik muga jodoh kami berkekalan hingga ke jannah dan sentiasa dirahmati olehNya.. Aamiin

Terima kasih untuk en. hubby yang sangat memahami dan banyak membantu di dalam mendidik serta membesarkan anak-anak.  Juga tidak kekok untuk bersama-sama di dalam urusan rumahtangga seperti mencuci pakaian, kemas mengemas dan lain-lain..  in-charge sepenuhnya semua urusan yang memerlukan penggunaan tangga sebab kakchik gayat tempat tinggi.. hehe.. kalau tak tolong, alamat tak berlap arr kipas siling dan tak bertukar lah langsir-langsir. Walaupun mampu untuk membayar pekerja cucian yang datang pada hujung minggu tapi kami lebih gemar membuatnya sendiri. 


Tiada yang lebih indah.. selain bersama suami n anak-anak


selamat menjamu selera.. terima kasih abang.. belanja kami

mum n doter..

Aidil pun nak berfoto jugak..

berfoto selepas dinner..


tolong promote nampak..

Muga kasih dan sayang yang kakchik dan en. hubby pupuk terus dibajai walau berapa besar rintangan dan halangan yang mendatang.. cewahh.. hehe