Friday 31 December 2021

31.12.21 Hujan Turun Berterusan Di Kampung Kakchik

Assalam.. muga kalian sihat sejahtera dan berbahagia bersama yang tersayang.

Menurut ramalan pakar, hujan dijangka berterusan di seluruh negeri Johor juga Melaka pada hari Jumaat 31.12.2021. Jadinya kakchik kongsikan persekitaran kampung kakchik yang turut terkesan dengan limpahan hujan.






Muga tahun baru 2022 menjanjikan pancaran sinaran mentari agar limpahan air berlebihan dapat disedut. Selamat tahun baru!

Pulang Ke Kampung Pondok Batang

Assalam.. muga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan Allah dan beroleh ketenangan.

Sesekali kami adik beradik pulang ke kampung dan berkumpul di rumah mak kakchik di Melaka iaitu di Kampung Pondok Batang, Asahan. Kampung kakchik ni berhampiran dengan kaki Gunung Ledang laluan dari Asahan.

Arwah abah semasa hayatnya banyak kali juga menemani kawan-kawan dan saudara mara yang berhajat untuk mendaki di situ. Cuma kami adik beradik arwah abah nasihatkan supaya tidak ke sana. Kami tidak pasti kenapa arwah abah halang kami mendaki tetapi kami tetap patuh dan akur sahaja. Mungkin sebab kami semua perempuan agaknya. Hihi


Buat masa ini mak dan bapa tiri tinggal di rumah kampung. Adik bongsu kakchik pula berpindah ke kampung sejak pendemik melanda. Beliau yang bertugas sebagai Event Management langsung tidak dapat meneruskan kerjaya dan beralih berniaga produk kecantikan & kesihatan secara di dalam talian. Muga adik tabah dan berjaya di dalam perniagaan. 




Thursday 30 December 2021

Keputusan UPKK Arisya 8A

Assalam.. muga kalian tenang dan sentiasa berfikiran positif di dalam menjalani kehidupan seharian.

Tanggal 28.12.2021 diumumkan keputusan peperiksaan UPKK untuk tahun 2021 iaitu batch darjah 5 dan darjah 6 (iaitu darjah 5 tahun 2020) serentak diadakan kerana tahun lepas tiada peperiksaan dijalankan disebabkan pendemik Covid 19.

Istimewanya tahun ini UPKK menggunakan Modul Penilaian Kelas Kafa (MPKAFA) diadakan dalam bentuk lisan bagi setiap subjek. Ianya lebih mencabar bagi ustaz/ustazah di dalam menilai kebolehan pelajar menjawab setiap soalan yang dikemukakan. Begitu juga untuk pelajar-pelajar yang gemuruh ianya sangat sukar ditangani tetapi kebaikannya ia melatih kebolehan pelajar berinteraksi secara lisan. 

Ianya juga dapat dijadikan sebagai pengalaman awal pelajar untuk melangkah ke peringkat yang seterusnya. Ilmu agama sebagai bekalan sepanjang hayat dan di akhirat nanti. 

Tahniah anakanda Arisya! cemerlang di atas usaha dan juga ilmu serta galakan dari ustaz/ustazah. Syukur alhamdulillah. Muga terus mencapai kejayaan dan menjadi anak yang solehah. Aamiin.






Sepatutnya seperti yang diwar-warkan oleh pihak sekolah, keputusan UPKK diambil melalui atas talian dan juga pesanan sms tetapi laman web menjadi sesak dan tidak dapat ditembusi walau telah beratus kali cubaan. Begitu juga dengan sms, tidak berbalas.

Akhirnya setelah menunggu lebih dari 24 jam, kakchik mengambil result di bilik guru sekolah. Kesian anakanda kakchik yang ternanti-nanti dengan penuh debaran. Hihihi belum canggih ye sistemnya. Perlu di upgrade supaya cukup power menangani trafik seluruh negara.






Tuesday 28 December 2021

DEFECT WORKS RUMAH DURIAN TUNGGAL

Assalam.. muga kalian beroleh ketenangan dan kesejahteraan di dalam mengharungi liku-liku kehidupan.

Kakchik kongsikan mengenai kerja-kerja kecacatan yang terdapat di rumah baru kakchik. Kali pertama kakchik hantar borang kecacatan iaitu pada 26.12.20, sehari selepas cuti Christmas tahun lepas. Dalam tempoh dua bulan pihak pemaju menghantar email menyatakan mereka telah membaik pulih kecacatan tersebut.

Berikutan PKP yang berlarutan hingga 10 bulan dari awal tahun 2021, kakchik tidak berpeluang untuk pulang ke Melaka kerana halangan rentas negeri. Jadinya kami juga tidak dapat mengesahkan kerja baik pulih yang telah dibuat.

Setelah kebenaran merentas negeri pada 11.10.21 kami pun pulang ke Melaka beberapa kali. Pada cuti Deepavali yang lepas kami pulang ke rumah Durian Tunggal dan bermalam beberapa hari di situ. Bila agak lama kami sempat mengesan kecacatan di rumah tersebut yang masih belum dibaik pulih sepenuhnya dan seterusnya kami menghantar borang kecacatan buat kali kedua ke pejabat selenggaraan untuk tindakan mereka dengan kadar segera.

Besar harapan kakchik agar rumah yang dibeli hasil titik peluh kami bekerja makan gaji itu dapat dipulihkan kembali. Sehingga tarikh 27.12.21 defect works masih belum selesai kerana kakchik sekeluarga bercuti dan singgah menginap.