Wednesday 30 January 2019

Kenangan Terakhir Bersama ITSB

Assalam..  muga kalian beroleh kesejahteraan dan ceria bersama tersayang. 

Selamat tahun baru 2019, kakchik baru sempat nak ucapkan sebab lama tak update blog sampai berabuk dengan debu.  Muga tahun 2019 dapat menyinari dan menjanjikan rezeki yang lebih baik, dikurniakan kesihatan untuk beribadat serta menjalani kehidupan seharian dan kejayaan cemerlang untuk anak-anak kita semua.

Disember 2018 begitu pantas berlalu,  meninggalkan kenangan indah walaupun agak pahit untuk ditelan. Masing-masing membawa arah tujuan yang masih belum pasti kerana takdir tertulis rezeki kami di ITSB hanya cukup sampai di sini sahaja. Semuga kami semua tabah dan beroleh hikmah pada setiap apa yang terjadi, terus positif untuk melangkah dan meninggalkan hari-hari yang telah berlalu. Pengalaman yang telah ditimba tersemat di dada dan segala kelemahan dapat diambil sebagai pengajaran juga ukuran bagi meneruskan sebuah kelangsungan hidup.

Sempena hari lahir Hjh Ita @ 20.12.18
Photo sehari sebelum Aqila bersalin @ 21.12.18

Selamat bersara untuk Hajah Ita yang genap usia 55 tahun,  beliau ingin menumpukan perhatian untuk beribadah dan menjalani aktiviti bersama anak-anak serta cucu. Muga kak hajah diberikan kesihatan yang baik,  aamiin. Selamat berpantang untuk Aqila yang mendapat cahaya mata ketiga iaitu bayi lelaki. Tahniah!