Assalam.. muga hari-hari yang dilalui lebih menyeronokkan dengan kepelbagaian jenis makanan dan resepi masakan..
Kakchik bawakan resepi khas.. sambal ikan bakar dari sahabat Sharodz iaitu Puan Alisahkhairun. Resepi yang beliau perolehi semasa bekerja di bawah Kementerian Kesihatan dan menetap di Kuantan katanya.. terima kasih ye lis.. serius sedap tau..
Resepi Sambal Ikan Bakar
kuah yang telah siap dimasak.. dilumur pada ikan yang nak dibakar juga.. |
Resepi Sambal Ikan Bakar
Bahan-bahan :
- 1 labu bawang holland
- 4 ulas bawang putih
- cili kering segenggam, ikut tahap kepedasan
- halia seinci besarnya
- kunyit hidup sedikit
- lengkuas sedikit
- serai 3 batang
- sedikit belacan bagi yang menggemarinya
- sos cili
- sos tiram
- kicap manis
- daun kesum segenggam
- garam secukup rasa
- minyak untuk menumis
Cara-cara :
1. Kisar semua bahan-bahan utama yang di dalam senarai.
2. Panaskan minyak masak secukupnya, tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau dan garing.
3. Kemudian masukkan sos cili, sos tiram, kicap manis dan garam secukup rasa.
4. Biarkan kuah sambal mereneh seketika.
5. Tambahkan air untuk cairkan sambal dan sebelum api dapur ditutup, masukkan daun kesum.
Siap untuk dihidangkan bersama ikan bakar, selain yang dicurah pada ikan ketika membakarnya.
Nota: sambal boleh dibuat lebih awal dari hari yang ingin kita gunakan.. disimpan dalam peti sejuk untuk memudahkan kerja memasak pada hari yang kita nak bakar ikan.
- sos cili
- sos tiram
- kicap manis
- daun kesum segenggam
- garam secukup rasa
- minyak untuk menumis
bahan-bahan yang disediakan.. |
Cara-cara :
1. Kisar semua bahan-bahan utama yang di dalam senarai.
2. Panaskan minyak masak secukupnya, tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau dan garing.
3. Kemudian masukkan sos cili, sos tiram, kicap manis dan garam secukup rasa.
4. Biarkan kuah sambal mereneh seketika.
5. Tambahkan air untuk cairkan sambal dan sebelum api dapur ditutup, masukkan daun kesum.
Siap untuk dihidangkan bersama ikan bakar, selain yang dicurah pada ikan ketika membakarnya.
rupa sambal yang telah siap dimasak.. |
Nota: sambal boleh dibuat lebih awal dari hari yang ingin kita gunakan.. disimpan dalam peti sejuk untuk memudahkan kerja memasak pada hari yang kita nak bakar ikan.
sedap tu :)
ReplyDeleteAlhamdulillah puas hati mkn..
Delete