Assalam.. muga hari ini dan hari-hari mendatang menjanjikan kebahagiaan buat kita semua.. aamiin
Kakchik kongsikan percutian ke Pulau Tioman sempena cuti hari kebangsaan, raya haji dan cuti peristiwa menang sukan SEA yang lepas. Peluang bercuti bersama anak-anak yang pulang bercuti pada tahun ini dapat diabadikan sebagai kenangan. Bajet dalam negeri jer.. hehe
(RM)
Petrol dari Skudai - Tg Gemuk return = 50.00
Tiket feri pergi balik@6 pax book online = 440.00
Challet - family room wt breakfast 2N = 380.00
Snorkeling 3 island + lunch @ 6 pax = 480.00
Duit dinner 3x @ rm 50 = 150.00
-----------
Total = 1,500.00
Duit dinner 3x @ rm 50 = 150.00
-----------
Total = 1,500.00
=======
Seronok jugak dapat menghabiskan masa di pulau.. damai jer.. pengangkutan utama di Kg Genting cuma basikal, motor dan motosikal yang telah diubah suai.. ada tambahan tempat duduk atau tempat letak bagasi. Tidak nampak sebijik kereta pun.. sebab tiada jalanraya di situ.. semua premis kemudahan seperti masjid, klinik, kedai runcit, kedai makan boleh pergi dengan berjalan kaki. Sementara teksi air disediakan sebagai pengangkutan utama ke kampung yang berdekatan seperti Kg Paya, Kg Tekek dan yang lain.
di Kg Tekek.. stop untuk ke kedai bebas cukai |
di Taman Laut |
di Pulau Renggis |
Permandangan dari Marina Bay Resort & Restaurant |
xtvt ptg pertama selepas check in.. |
permandangan challet |
lagi permandangan chalet.. |
biru dan damai.. |
pokok anggur hijau yang sedang berbuah.. sebelah masjid Kg Genting |
sun set.. |
pemandangan senja dari view chalet |
ruang rehat salah satu chalet yang sedang dibina.. ternampak ketika siar petang |
Selain ativiti snorkeling pada hari kedua.. kami juga sempat berkaraoke pada malamnya.. terima kasih kepada pihak challet yang menyediakan pakej percuma kepada kakchik sekeluarga.
No comments:
Post a Comment