Cuti semester anak kedua kakchik yang agak panjang.. 3 bulan.. pihak Uni nak selaraskan jadual akademik program diploma mengikut jadual program ijazah tuk semua pelajar. Banyak perkara yang dibuat oleh Kak Sya.. selain dari bekerja sebagai cashier di AEON Tmn U.. memasak tuk family jugakkk, leh tahan sedap masakannya.. sedap sebab kakchik balik kerja dah ready makanan. Naik beberapa kilo berat.. menyesal pulakkk.. hehehe.. Sunyi sepi rasa suasana rumah tanpa Kak Sya dan Abang Anil.. selain mama yang cukup terasa ialah adik-adik berdua terutama adik Risya.. asyik sebut jer.
selepas mendaftar.. hitam legam kulit kami terbakar masa gi Tioman lum hilang masa ni.. |
Hari pendaftaran semester baru ialah pada 11.9.2017 yang lalu iaitu hari isnin. Oleh kerana Kuala Pilah agak berhampiran dengan kampung kakchik maka kakchik singgah bermalam di rumah mak. Pagi isnin baru kami gerak ke uni setelah berjumpa kak long yang tinggal di taman berhampiran. Laluan Air Kuning-Air Mawang-K.Pilah kami lalui dalam tempoh satu setengah jam perjalanan untuk sampai ke UiTM Kuala Pilah. Alhamdulillah Kak Sya dapat tinggal di kolej.. tingkat satu so tak kena panjat tangga banyak sangat untuk angkat barang-barang keperluan. Muga dipermudahkan urusan pembelajaran Kak Sya.. Aamiin
Study smart sya.. mama sayang sya.. |
Selesai semua perkara berkaitan.. kakchik pun beredar untuk ke rumah sahabat zaman sekolah menengah di Felda Raja Alias 1, Bandar Seri Jempol.. kira-kira 45 minit perjalanan dari UiTM. Seronoknya melihat suasana penempatan area felda.. sahabat kakchik berhijrah ke sana semasa kami di ting 2 SMKA Sharodz.. beliau mengikut parentnya ketika itu dan terpaksa bertukar sekolah.. sedey pulak bila mendengar cerita beliau mengenai sekolah baharunya di sana.. huhu.. betapa beliau merasakan kejutan yang amat sangat kerana sekolah baru yang jauh berbeza dari Sharodz. Walaupun sekejap di sekolah yang sama.. beliau mengingati setiap orang sahabat kami.. bukan sahaja di kelas.. malahan di dorm yang kakchik duduk bersamanya semasa di ting 1. Adooiii.. ingatan kakchik banyak yang dah lemau. Setelah berumahtangga beliau mengikut suaminya tinggal di Kuantan.. sebelum mendapat rezeki memiliki tanah felda tempat beliau tinggal sekarang.
lamanya kami tak bertemu.. hampir 33 tahun.. wajah Aki (kiri sekali) masih yang sama.. |
Terima kasih Aki dan Abang Edi.. atas layanan istimewa dengan makanan tengahari yang sedap dan enak.. terharu lagi dengan buah tangan dan souvenior yang dibekalkan. Peramah sungguh suami Aki.. yang rajin bersembang dengan hubby kakchik. Muga kalian suami isteri dan anak-anak bertambah rezeki.. Aamiin
suami Aki.. abg Edi yang kanan sekali..bermata hijau.. |
Pulang dari rumah Aki.. kakchik dan suami menghala ke Rembau.. rumah kak longnya yang baru menimang cucu baru. Kami ikut laluan Jempol - Dangi - Inas.. sunyi jugak jalannya.. Semasa di Inas menghala ke Rembau jalan agak curam.. alhamdulillah kami selamat sampai.. walaupun kakchik dah rasa macam masuk explorace. Comel sungguh baby nya.. setelah melawat kami terus pulang ke Skudai.. letey makkk nakkk..
No comments:
Post a Comment