Alhamdulillah bos di tempat kakchik bekerja.. berbesar hati untuk belanja makan tengahari.. untuk semua staff sempena kejayaan dalam memperbarui sijil ISO dan juga penubuhan syarikat barunya dengan menggunakan staff sedia ada.
Pihak HR telah mencadangkan venue makan tengahari di DoubleTree by Hilton, Johor Bahru. Beberapa photo diambil sementara menanti kedatangan bos untuk mengeratkan silaturahim sesama staff.
Gabungan department finance, HR projek + kontrak..
Staff perempuan.. kurang lagi seorang yang sedang cuti bersalin..
Kakchik dan HR.. |
Inilah team kami yang tinggal daripada hampir 60 orang staff sebelumnya.. ada yang tamat kontrak kerja dan ada juga yang mendapat tawaran kerja yang lebih baik. Walau bagaimanapun kami gembira dalam kelompok yang tidak ramai.
Makanannya boleh tahan enak.. ada pilihan masakan melayu, cina dan india.. mengah perut kakchik. Setelah habis sesi makan dan mengucapkan terima kasih kepada bos, kakchik pun beredar dan bergegas untuk mengambil anak yang berada di sekolah memandu.. sian dia menunggu lama. Lokasinya boleh tahan jauh untuk seseorang yang tak berapa suka memandu seperti kakchik.
Turun dari kawasan parking yang berbelit-belit macam ulau kata "orang melaka"... kakchik pun terus menuju ke arah Stulang sebab kakchik perlu ambil laluan EDL/Bdr Dato Onn untuk ke sekolah memandu yang terletak di Adda Height. Biasa kakchik ambil dia dari area ofis so takde masalah. Ntah macam mana punya over confiden kakchik tau-tau dah berada di dalam area check point masuk ke Singapore... pehhh makk dah silap nakk... adoiiii...
Tula.. dah tau bukan orang JB.. bila hubby drive tolong ler buka mata sikit n kenal pasti jalan... haaaa kan dah kenaaaaa...
Ni lerr tempat sesatnya.. |
So.. selepas bayar tol menggunakan touch n go... kenalah park kereta di bahagian lorong merah sementara kena isi borang di pejabat Imigresen di tengah2 tu ye.. jangan lupa tunjuk IC mykad..
sedang mengisi borang sambil menahan ketawa.. |
ni ye borang nya.. |
Begitulah rupa borang yang kakchik isi maklumatnya.. selepas tu kena dapatkan pengesahan dari pegawai yang duduk di dalam bilik.. then bila dah dapat kebenaran tu.. ambil lah kereta dan menuju ke lorong sebelah kanan sekali.. di hujung lorong ada seorang polis yang akan ambil borang tadi dan akan membuka laluan berpatah balik.. siap wish selamat masuk ke Malaysia.. kakchik dan anak saudara ketawa macam nak pecah perut.. dengan perut kekenyangan lagi.
Syukurlah kakchik tak sesat lagi hingga ke Adda Height dan pulang semula ke pejabat.
No comments:
Post a Comment