Assalam.. semuga kalian sentiasa dirahmati oleh Nya dan berbahagia bersama tersayang..
Berkhatan bagi anak lelaki adalah proses penting dalam kehidupan mereka.. seperti abangnya yang berkhatan pada usia 10 tahun.. Aidil juga kakchik cuba pujuk untuk berkhatan pada usia yang sama. Puas jugak memujuk.. dari tahun lepas lagi.. hehehe
Kakchik bersetuju sahaja dengan cadangan En. Hubby untuk mendaftarkan Aidil berkhatan beramai-beramai dengan bayaran RM50. Acara perarakan dan mandi oleh abang bomba turut diadakan dengan makanan dan minuman ditaja oleh ibubapa peserta secara sukarela.
|
Sebelum acara perarakan... |
|
adik risya pun turut berarak sama.. |
|
meriah dengan bunga telur.. |
|
bersama Ameer.. anak sepupu En. Hubby |
|
seronok mereka mandi beramai-ramai |
|
Khatan Perdana yang dibuat di Masjid Tan Sri Ainuddin, Tmn U |
Aidil mendapat nombor giliran yang ke 21 daripada seramai 120 orang peserta. Cara berkhatan yang digunakan ialah teknik potongan dengan laser. Kaedah ini sama dengan kaedah konvensional, dimana kulit lebihan ditarik ke hadapan dan disepit dengan penyepit atau forceps. Sebelum itu ubat bius diinjek terlebih dahulu.. setelah pasti ubat pelali telah meresap barulah kulit yang disepit tadi dipotong menggunakan laser. Ada bau kulit terbakar semasa proses sedang berjalan. Kaedah laser ini dapat mengurangkan pendarahan. Lebihan kulit dijahit supaya kemas dan tiada balutan diperlukan. Benang jahitan akan tanggal dengan sendirinya mulai hari ke 4 - 8 selepas tempoh berkhatan.
|
Alhamdulillah Aidil kuat semangat dan tidak banyak kerenah.. |
|
ni setelah selesai berkhatan.. dah pakai seluar dalam berbonggol di depan.. |
|
Bacaan Yaasin dan doa selamat pada hari ke 5 |
Kakchik mengambil cuti selama 3 hari untuk menjaga Aidil di dalam pantang. Alhamdulillah sejak hari kedua lagi beliau tidak berasa sakit.. cuma dijaga makan, minum dan tidak boleh terlalu aktif. Beliau menghabiskan masa dengan menonton tv, membaca buku dan bermain catur. Pada hari keempat kakchik membawanya ke pejabat sebab tiada orang di rumah untuk menjaga beliau.. dah boleh jalan.. kengkang sikit.
|
Terima kasih kepada group Yaasin Tmn U |
|
tunggu tetamu.. |
|
bersama pakjang.. doa selamat untuk anaknya yang baru bersunat juga.. hari pertama |
|
bersama papa.. tema biru |
|
sebahagian dari tetamu.. |
|
Kakngah pun datang bersama ateh.. |
|
bersama makteh.. |
|
Risya dan adik Anna.. |
Syukurlah terlaksana juga tanggungjawab untuk si bujang kecil.. selamat menempuh alam remaja.. cuti sekolah berikutnya dah boleh amek kelas renang bersama adik Risya.
No comments:
Post a Comment