Kakchik kongsikan photo sahabat yang sering kakchik temui andainya pulang ke kampung.. kebetulan beliau bertugas sebagai kakitangan sebuah sekolah menengah di daerah Jasin. Kami biasanya bertemu di Mydin Jasin.
sahabat kakchik.. berkurung corak2 hijau yang manis orangnya.. Ijjan Borhan |
Sebenarnya kakchik tidak pernah sekelas dengan beliau selama berada di sekolah menengah.. dan rasa-rasanya kami pun tidak pernah bertegur sapa atau berbual-bual.. tak tau siapa yang pendiam agaknya..hehehe. Pertemuan pertama sejak meninggalkan bangku sekolah ialah pada Reunion Sharodz yang ulung kali diadakan pada tanggal 25.12.2010.. kira-kira tujuh tahun yang lepas. Secara kebetulan beliau orang pertama yang kakchik temui berhampiran tempat parkir kereta... jadinya moment indah itu melekat dalam ingatan kakchik. Selepas perjumpaan itu, selalu kami bertanya khabar dan berborak-borak tentang anak-anak dan keluarga juga kerjaya masing-masing.
comel-comel sahabat kakchik.. Ijjan yang duduk paling kanan.. |
Sebenarnya kakchik menghadirkan diri untuk perjumpaan pertama ini yang bertempat di sebuah resort di Ayer Keroh Melaka tanpa mengetahui yang kakchik sahaja masih punya bayi kecil.. baru beberapa bulan anak bongsu kakchik ketika itu.. malu jugak kakchik tau..
Si bongsu.. baby Risya .. sib tak buat perangai.. |
Sahabat-sahabat yang turut serta pada perjumpaan pertama kami.. kalian sentiasa dalam ingatan |
Muga tahun 2018 ini kami dapat berjumpa lagi beramai-ramai.. setelah beberapa tahun kebelakangan yang agak sunyi dan sepi.. membawa haluan masing-masing. Insya Allah..
No comments:
Post a Comment